Thursday 26 May 2011

CINTA ALLAH VS CINTA 'DIA'

Hari yang sama entry yang berlainan.
Bismillahirahmanirrahim.

CINTA ITU CAHAYA SANUBARI KURNIAAN TUHAN FITRAH INSANI,
DAN DI MANA TERCIPTANYA CINTA DI SITU RINDU BERMULA.
CINTA ITU TIDAK PERNAH MEMINTA TETAPI MEMBERI SEPENUH RELA,
RASA BAHAGIA BIARPUN SENGSARA BERKORBAN SEGALA-GALA.

nah, alangkah indah kalau kita meletakkan cinta pada ISLAM dan ALLAH macam lirik lagu di atas.
kerinduan pada ALLAH adalah kerinduan yang paling hakiki. tapi tanpa cinta pada-NYA tak akan timbul kerinduan itu. ISLAM tidak pernah memaksa. hanya jika kita memang cintakan ISLAM maka kita akan menjadikan ISLAM sebagai gaya hidup kita dengan rela dan ia bukanlah suatu keterpaksaan

Ya, saya sendiri pernah lalai,dan sekarang masih lagi alpa. Terlampau mengejar cinta manusia sehingga terlupa mencari cinta-NYA. Terlalu taksub dengan indah nya dunia sampai lupa indahnya agama kita. Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang menyedarkan saya akan semua ini. Alhamdulillah saya sedar sebelum saya jauh pergi mengejar kepalsuan dunia dan syukur kepada ALLAH 'dia' yang membawa saya menyedari hakikat dan matlamat hidup yang sebenar dan bukan  lah saya yang membawanya hanyut dalam dunia cinta yang penuh dengan kemanisan pada permukaannya tetapi penuh dengan kepahitan pada dasarnya. Jodoh itu ketentuan Ilahi, sudah tertulis sejak azali. Tak perlu la saya risau seandainya saya akan kehilangannya suatu hari nanti. Yakin denga ALLAH kerana janjinya pasti.

Saya akan berusaha untuk merasai indah nya HALAWATUL IMAN (kemanisan iman) yang saya sendiri belum pernah merasai nya. TERIMA KASIH ALLAH kerana masih memberi peluang untuk hambamu ini kembali kepada mu...

ISTIQAMAH DALAM BERMUJAHADAH!!...insyaAlllah..:)

BILA TULISAN MENJADI PENGGANTI MULUT UNTUK BERBICARA

Bismillahirahmanirahim.
Selawat dan salam ke atas rasul-Mu.

"Allah sayangkan kita sebab itu dia bagi kita ujian"
betul...ujian itu tanda kasih sayang Allah. Tapi kita sebagai hamba-Nya selalu rasa ujian yang DIA bagi sebagai satu musibah. Padahal kita sendiri sedar bila ada dugaan datang menimpa baru la mula sibuk nak duduk atas sejadah, tadah tangan minta tolong kat Allah, mintak kuatkan hati dan segala macam bentuk pertolongan. Bukan ke itu tanda Allah masih memberi kita peluang untuk memohon dan minta pada DIA?

BE STRONG~ALLAH KNOWS THE BEST FOR YOU.

YA ALLAH,
KIRANYA INI UJIAN YANG KAU BERIKAN PADAKU,
AKU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH,
MENJADI HAMBAMU YANG TERPILIH UNTUK DITARBIYAH,
KAU BANTU LAH AKU YA ALLAH.
KAU KUATKANLAH HATIKU.
KAU TABAHKANLAH HATI KU.
KEBALKAN LAH TEMBOK KEIMANANKU.
AKU MOHON PADAMU YA ALLAH.
JAUHKANLAH AKU DARI BISIKAN SYAITAN.

AMIINN YA RABBAL ALAMIN.