Monday 1 December 2014

Sabar

It's a long long way to. Dan sepanjang way tu too many things also might be happened.. Dan dalam many2 tu of course Ada yang best dan Ada yang tak best. Fikir positif, benda (dalam kes ni orang or perkara or anything yg sesuai) kalau Susah nak dapat once kita dapat kita akan more appreciate benda tu. Fikir macam tu pun dah boleh berangan. Oh no!! Teruk kau ni ami. Haha. Cuma Alhamdulillah Allah dah tolong ami untuk rasa okey dengan sume ni. Dan untuk ami, ami rase ami boleh okey dan ikut flow ni. As long as xde orang sibuk2 nk tntukan my do's and my dont's. Eh boleh ke macam tu. Hahaa. Sebab ami memang akan peduli dgn apa orang cakap. X Kira la mnde tu pnting ke tak. Even Kat mulut (atau Kat wassap) dah ckp "why bother" hakikatnya ami masih bother. Muahahaha.. The thing is, ami tak suka when certain peoples ckp ami jgn tu jgn ni, yeahhh ami tau sume tu Sbb nak jage ami, tapi mnde tu buat ami pk. Teruk Sgt ke aku ni, smpai soal hati dan perasaan aku Pn kna Ada orang nak kawal kan. Pleaseee ami dah besar, ami dah tau, dan insyaAllah ami sendiri sedang Cuba mgaplikasikan benda yang ami tau.. Seriously, I sedang struggle utk itu. Dan apa yang ami perlu sokongan, bukan dgn cara tekan ami, awak ckap2, halang2 camtu pun, yang dalam hati ni tau tak dia sedang membiak dan berkembang dengan jayanya. Sebab saya makin dewasa, rasa2 ni dh x same dgn zaman prasejarah saye dulu, thanks ats keprihatinan, tapi boleh ke kalau ami mintak jgn perlekehkan rasa yang ami rasa ni. Ami tahu ami Ada tugas besar, dan sila lah marah, sila lah tegur, sila lah kondem, kalau awak semua nampak rasa2 ini melambat menghalang dan menggedalakan kerja dn tggjawab ami, tapi please jangan suruh ami bunuh (dramatik Sgt ni) feeling ni, sebab ami nak jaga, dan saya perlukan awak semua untuk tolong saya jaga, maaf sebab saya hanya ami yang biasa.
Tau awak semua bukan baca pun.����

Saturday 8 November 2014

krik krik

Assalamualaikum hmmm. Ami just wondering. bila kita Rindu someone kan. kita akan cakap Kat dia "I miss u". pastu orang tu balas "miss u too" lepastu.? happy yeayyy. krik krikkk. lagi kalau ngan geng ramai-ramai "wehhh Rindu la korang" pastu mula la throwback mende best yg korang dah buat ramai-ramai tu. haaa yang macam best jugak nak cakap Rindu tu. boleh jadi point untuk mengimbau memori yang best2. tapi rinduuu yang tuuu. Rindu ke tuu.ehhh bukan.. teringattttt. Rindu la tu... bukann la..nyanyi skettt.  "oh anginnnnn sampaikan Rindu Ku pada nya" dah dah...x yah nak Rindu sangat laaa.sebab baru Ami prasan. Rindu adalah satu perasaan yang krik krik. lagi krik krik bila kau sorang rasa. ye laa Sbb Rindu kan satu feeling yang terletak jauh di sudut hati sanubari. come on Ami. xnak la sampai perasaan ni jadi fitnah kan.. hampir jadi punnn. yaaa. ya Allah tolong Ami jaga hati. dush dushhh setannn g main jauh. jangan kacau kiteorang..haippp.. Ade orang cakap kalau Rindu doa kan dia. Allah sampaikan Rindu saya.ehhh perlu ke sampaikan. hmmm kalau menda tu akan laghakan banyak pihak. Allah saye  serahkan segalanya pada Mu. Segala yang terbaik Ada di tangan Mu.
"Rindu ITU adalahhhhh.. anugerah Dari Allah" haaa sape tau lagu ni hi5 sketttttt. dah laaa stop merepek... tidoooo...
4:22 am
p/s: nak tulis tajuk 'Rindu' cam jiwang sangat, krik krik same je mksdnye ngan Rindu kannn.

Monday 3 November 2014

Tongkat

Assalamualaikum.
kenapa tongkat?. okey apa yang awak fikir kalau cakap tongkat, sakit kaki, patah kaki, orang tua, orang buta, gout..(hihihi :p) haa apa lagi apa lagi?. Apa apa pun yang awak fikir still function sebatang tongkat adalah untuk membantu, menyupport menyokong dan memudahkan pergerakan orang yang terlibat. Teringat lagu ni, 'dia umpama tongkat si buta lalala" okey nah denga..



senyummmm lama lama. hihi (dah kenapa)

tongkat. tanpa tongkat orang sakit kaki, orang gout masih boleh hidup, masih boleh jalan, tapi dengan tongkat, perjalanan terasa mudah, tanpa tongkat, orang buta, masih boleh jalan, tapi tak ke awak rasa tongkat lebih memudahkan si buta. tongkat membantu, tapi masih lagi si penghidap gout / sakit kaki/ si buta yang memandu perjalanan tu.
 izinkan ami menjadi tongkat itu. ya Allah permudahkan apa yang susah, berikan sebaik-baik ketentuan buat kami. :')


tongkat

nota kaki : malas tulis panjang- panjang





Monday 22 September 2014

How people can be soooo beautiful

Haha takde ape pun nak tulis. Tiba tiba rasa nak tulis. Lepas jalan jalan kat instagram. There are so many beautiful out there. Tak yah gi out there sangat pun. Dalam maktab pun ramai. Kalau sume orang cantik nak kawan dengan orang cantik je ntah sampai habis maktab ami tak de kawan. Hahaha. Tapi tu lah orang cakap. Orang la cakap. Cantik luar tak penting cantik dalam lagi penting. Eleh ye la tu. Okey2 ye ye. Setujuuu setuju setuju. Tapi kalau luar dalam tak cantik acane tu ami. Haaaaa. Tak tau. Tu lah kau kena cantikkan yang dalam sampai terserlah kecantikan tu pada luaran pun. Cakap macam senang je kau ami. Cube buat. Haha. Why bother. Live ur life happily. Kalau tak de orang nak kawan ngan kau. Why botherrrr. Kalau tak de orang nak kat kau. Why botherrrr. Kalau tak de orang cakap kau cantik pun lagi lahhh why bother nyeee. Kannnn. Yang penting bila kau jauh dengan Allah tu kena bother :'(

Tuesday 9 September 2014

Cantik vs handsome

Assalamualaikum. Cantik. Ya selalu dengar orang cakap cantik tu subjektif kannn. Betul lah cantik tu subjektif. Tapi bila orang selalu puji orang yang zahir nya cantik depan kita ehhh bukan kita depan aku yang tak berapa nak cantik ni. Secara automatik nya confident level akan menjunam jatuh 100000 kali ke dasar laut. Ehehhh. Bukan nak suruh orang puji kan. Nanti jadi satu penipuan pulak. Free dapat dosa sebab menipu. Cuma tolong perasan kehadiran orang yang tak berapa nak cantik ni. Muahahahaha. Sometimes i wonder. Kalau semua orang kat dunia ni baikk alim mesti takde orang pandang perempuan yang kurang cantik ni kan. Ye lah sekarang sebab lelaki pilih2 perempuan yang kurang cantik sebab akhlak dan agamanya. Kalau lah. Kalau negara kita amalkn islam secara seluruhnya pastu dah takde perempuan seksi2, nyanyi. Kira semuanya terjaga lah. Mungkin mungkin aku boleh bergerak full time dengan 'bersatulah wahai kaum muslimin' sebab tak kahwin sampai tua. Ye lah lumrah lelaki kan. Suka kan kecantikan. And im not blaming them for that. Hewhewhew. Aku tak tahulah kan how men think. But for me. Kalau aku jadi laki. Ehh tak simple. Kalau boleh pilih nak kahwin ngan siapa2. I will choose someone yang biasa2 je. Tak nak la yang macam aaron aziz ke? Izzue islam ke. Sebab. Walaupun kalau jadi camtu orang cakap. "Untung kau i dapat laki handsome" tu depan2 belakang " aku tak rasa ami sesuai ngan dia" teruk betul sangka buruk kau ni ami. Hahaha. Dan lagi as aku ni ami yang biasa. Aku rasa aku tak suka kot orang kagum dengan kehandsoman my future zauj. Haha.. Lagi2 bila dia sorang kena puji handsome aku krikk krikk. Wahhh jauh gila aku fikir..hahahaha. Jadi conclusionnya perempuan pun suka kan kecantikan sebab tu kalau perempuan biasa macam aku ni akan down sedih kecewa bila dia disedarkan dan diberitahu tak kisahlah directly or indirectly yang dia ni tak berapa nak cantik. Haha. Tapi nvm. Ami bersyukur for everything yang Allah dah bagi. Tak rugi pun tak cantik. Everything depend on how u value urself. And yesss ami suke tengok lelaki handsome tapi entahlah tengok tanpa hati dan perasaan takat kagum dengan handsomenye je dan tak pernah terfikir akn involve dengan their life. Walaupun with Allah's will anything can happen kan. Kindness. Humorous, gentlemaness.caringness. appreciateness. Piousness.( if u know what im trying to say hahaha)mende2 tu sume lagi senang nak sentuh hati rasanya. And for that jugak ami bersyukur. Tak kisah lah ending nya mcm mane ( ehh bukan tak kisah.kisah kisah) but just like he said. We pray for the best. Nak cakap.... walaupun tak pasti lagi ending nya macam mana nanti. Semua yang jadi hari ni, im so happy and grateful for that.
Alhamdulillah dan terima kasih. :)

Sunday 7 September 2014

Dear heart please be strong


Aku benci bila rasa macam ni.
Aku benci bila aku kena lawan semua.

Aku benci bila banyak lagi masalah yang lain. Yang lagi penting tapi aku sesak fikir pasal ni.
Aku benci bila fikir cuma aku yang dilayan macam ni.
Aku benci aku benci situasi ni.

Ya. Aku tau benci sifat syaitan.
Aku tak bencikan orang. Aku cuma benci realiti sekarang.
Sebab aku cuba.
Aku cuba untuk biarkan.
Aku cuba untuk lupakan.
Aku cuba untuk teruskan.
Tapi aku tak boleh.
Mungkin sebab aku perempuan.
Tipu. Ramai lagi perempuan.
Tapi kuat je mereka berdepan.
Bukan bukan bukan sebab aku perempuan.
Sebab aku ami. Im just ami. Yang lemah. Yang selalu lupa. Yang cengeng. Yang sensitif. Yang suka bersangka buruk. Yang tak sopan. Yang tak reti jaga pergaulan. Yang senang ikut bisikan syaitan. Yang pandai bercakap je tapi selalu tak buat. Yang pandai bagi nasihat tapi diri sendiri ke laut. Yang kononnya hebat. Yang ada adik usrah tapi diri sndiri tak reti nak jaga nak jaga adik usrah.mimpilah kau ami. Yang sibuk cari salah orang salah sndiri tak pernah nak sedar. Ami yang dlu jahat. Jahil konon sekarang dah nak berubah tapi macam ada je lagi sisa tu dalam hati. Ami yang sibuk nak nikah awal sebab perjuangan kononnya tapi bila Allah uji macamni cengeng tak tentu pasal. Ami yang pointer exam tak penah nak tinggi. Yang selalu cuba nampak baik depan orang tapi belakang... Yang patutnya jadi ameerah tapi perangai lagi teruk dari yang bukan ameerah. Yang patutnya jadi ketua tapi masalah anak buah sendiri tak nak ambil tahu. Yang nak sumeorang puaskan hati dia je. Yang pemalas. Yang buat kerja last minute. Yang tak reti bersyukur. Yang cuma cari Allah bila nak mintak macam macam. Bila nak minta tolong Allah mudahkan.
Sebab ami semua yang diatas la ami ada rasa macam tu. Sebab ami ni ami la bila jadi macam ni ami tak boleh terima. Sebab ami ni ami la ami benda jadi macam ni. Sebab ami ni ami. Ami bukan kak sara. Ami bukan kak aisyah ami bukan kaka anis. Ami ni ami ami ami ami ami. Ami tak hebat macam dorang. Selalu cakap kat orang be positive tapi ami kau sendiri tak.
Betul dah la tu. Ami memang yang pandai cakap tapi tak pernah buat. Yang salu bagi nasihat tapi kau ke laut. Haaa memang kau lah tu ami. Tahniah. U know urself well. Semoga Allah ampunkan ami yang teruk ni..

Friday 5 September 2014

bebel sorang sorang

Assalamualaikum.. bebel sorang2. so korang bayangkan bebel sorang2 tu macam mana? cakap sorang2. then marah sorang2.. haha. tak lah.for me membebel sorang2 ni lebih kepada konflik dalaman. tanpa melibatkan orang lain. tak perlu suara, tak perlu tindakan. it is about you, yourself only. eh of course la Allah. sebab Dia maha tahu. Kau tak yah cakap apa apa pun otomatikali (ejaan bi yang demelayukan) Dia akan tahu. So, Alhamdulillh. practicum will come to the end very soon. tak lama dah. another week to go. week rasa lama ke? tak lah kau dah lalu dekat dua bulan, seminggu tu rasa macam alah bisa tegal biasa dah orang cakap. ibaratnya makanan yang kau makan sebab lapar tapi dia just masuk perut ehh mungkin masuk dalam mulut je pastu hilang dissolve ngn saliva. hahaha. boleh ke macam tu. boleh sajjjjje.
So apa yang ami bebelkan tuuuuuu?. tapi kalau tu definition ami utk bebel macam sama je lah dengan fikir kan? ehhh takkkk.. lain lain. kalau fikir kau akan guna gunakan HOTS kau. tapi kalau bebel ni that bebelan datang pung pang pung pang. kau tak sempat nak analyse pun menda tuh. just tau ianya something yang serius yang awak rasa perlu dpikirkan tapi awak dah terbebel kan. haishhhhhh guna  nak bagi definisi bebel sorang2 pun susah. ntah2 kau je ami yang definsikan bebel sorang2 tu macam tu. =='
nvm.. so apa yang dibebelkan.. hari tu masa pergi satu program ada satu ldk tu buat vision board. apa vision board tu?. a board that shows ur vision for the upcoming years.. basically perancangan asas dalam hidup ni dah nampak. for example. grades bila, kerja bila, pas abes maktab nak buat apa, dan benda2 basic yang ekceli once kau masuk maktab trang tang tang jalan tu terbukak depan mata. haha. tapi bila pergi untuk benda yang lagi serius? benda apa? yeahhh kau dah 22 ami. dah boleh start pikir and buat time line sebenarnya. at what age kau nak capai apa..apa.. apa.nak bagi apa.. apa.. apa.. nak sumbangkan apa.. apa.. apa..lagi2 bila awak ni bawak title abnaul harakah... Start berfikir macam orang dewasa yang islami.. wahhhh dah dewasa. ye lah dah dewasa... at the first place ami macam clueless kejap. bila dia suruh buat tu.. ye lah dulu dah konon nye plan. planning belum mampu dilaksanakan..tu la tak sediakan back up plan. tu bila suruh buat vision board ami rasa macam krik krik sket. tapi based on apa yang dah terplan tu finally i've come out with my vision board. hihi. dan vision board ami tu ami je kot yang faham..
pas buat vision board ada aktiviti lagi. dapat input baru. pastu tiba2 rasa macam nak ubah vision board tu balik kepada idea asal..cis amiiii kau ni macam lalang...=='.hahaha..
kadang ami rasa malas nak fikir... kadang jeles dengan orang yang nampak cantik je jalan dorang. tapi ye lah kannn..mungkin kita je nampak cantik orang yang lalui je tahu segala simpang siur duri dan onak cabaran dalam perjalanan dia. Macam ami, mungkin orang nampak senang je apa yang ami lalui. Tapi meh kau cuba masuk tengok senang ke tak.
Sekarang ada konflik dalaman ami as ameerah. Yes konflik yang sangat sangat konflik sampai satu masa ami rasa macam nak give up. Bagi je sume ni dekat orang yang jauh lagi layak. Yang jauh lagi boleh berhusnudzon ngan orang lain, yang jauh lagi concern pasal anak buah, yang jauh lagi terjaga hati nya, yang jauh lagi penyayang sopan santun, yang jauh lagi tinggi ilmunya dan yang jauh dengan apa apa je lah. yang pasti jauh dari tahap ami. Tapi as usual, ayat cliche, jadi _______(isi dengan apa apa jawatan yang awak sedang pegang ) bukan kami (refer tu ahli yang lain) pilih, tapi Allah. ya cliche2 pun tapi that's the reality. Pilihan Allah tak kan pernah salah, tapi hebat sangat ke kau Ami sampai Allah pilih jadi ameerah. huhhhhh. (ni keluhan dalam hati ) kau tepuk dada tanya iman. Kalau time iman kau tinggi mesti kau cakap " yeahh Allah dah pilih aku, aku mesti laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik nya.!!!" semangat gila.. tapi bila iman kau rendah " hmmm, ami tak mampu, (pastu nanges. tah pape)". Perjalanan ami jauh lagi. Terlampau jauh. Tu pun kalau Allah nak penjamkan lagi kehidupan ni. Ntah2 dua jam dari sekarang je perjalanan hidup kau. isk isk. Allahurabbi. Jangan ambil nyawa ami saat ami tengah lagha, tengah leka dengan dunia, matikan ami saat ami sedang bekerja utk agama Mu, saat ami sedangn mengingati Mu. :'(

Konflik dalaman bukan sebab ameerah, tapi sebab ameerah jugak dia bagi effect kat konflik ni. Dulu dulu la kan. Dulu masa ami baru masuk dalam ni, ami pernah terfikir nak ubah banyak benda. First, cara berpakaian, bukan sebab budak usrah kena pakai tudung labuh. bukann tak pernah ada syarat tu pun. Tapi ami ada masa silam, sangat banyak perkara yang ami belajar dengan kisah tu, dan sangat banyak perkara yang perlu diubah dan antaranya pakaian awak la ami, I dont want to be the same ami as before. Sebab ami taknak lalui pengalaman yang sama lagi macam dulu.haishhh sedih plak cerita pasal ni.huhu. so conclusion nya, ami nak ubah pemakaian ami sebab ami nak jaga diri ami dari mata-mata lelaki yang jahat kat luar sana. dan yang penting ami nak orang nampak Islam tu kat ami even dengan tengok cara ami berpakaian je pun.
Tu satu, lagi benda ami nak ubah, nak ubah hubungan yang sebelum masuk weli yang macam hampir terbabas sket tu bawak masuk landasan yang lurus. ami tak tahu lah ami ni kuat berangan ke, cita-cita ami ni tinggi sangat ke, or itu matlamat ami dan ami akan cuba work for it. Apa yang ami fikir masa tu, nak kahwin awal, pastu bagi talk kat budak2 maktab, utk dorang yang dok hangat bercinta, cerita pengalaman sebelum dan selepas, ehh bukan sebelum dan selepas nikah, sebelum dan selepas dapat kesedaran...ni benda ami fikir masa tu lah. masa awal2 perubahan. Sekarang? sekarang fikir la jugak sikit. Tapi fikir tapi dalam lagi la. Kalau yang dulu tu surface je.
Dahtu apa kaitan dengan bebelan sorang2 kau ami??
kannnn macam lari tajuk sket. haha. tapi tak jugak. benda2 yang ami cakap kat atas tu selalu je jdi topik bebelan sorang2 ami. Camne eh? Ntah laaaaaa. Penat fikir. Dengan semua2 nih. Dah la nak cite2 masalah ngan Mr. Smurfy. Dia pnedengar yang setia, even tak leh respon pun takpe, Allah dengar nnti Allah respon kan baik punye.

p/s : bila ada orang cakap ada benda nak bincang tapi setelah berkurun lamanye tak bincang2 nanti dalam kepala keluar tanda soal banyak sampai orang lain nampak jangan salah kan saya. haha

Friday 1 August 2014

Nak cite ke tak?

Assalamualaikum
Nak cite ke tak ye.. Haishh da masuk dalam ni kena crita la maknanye kan. Okey sebenarnya tak ada apa la sangat. Okey analogi nya macam ni. Hari tu mak awak masak nasi arab yang paling sedap di alam semesta. Awak of course la teringin nak makan kan. Tunggu punya tunggu dengan harapan yang tinggi gila nak makan or at least rasa nasi arab tu tiba bila sampai turn awak nak cedok nasi tu habis. Oh mannnnn.. Apa awak rasa. Frust menongeng nonggeng jatuh bergolek2. Pastu awak tanya mak kenapa tak tinggal sketttt mak cakap. Takot kalau awak makan sedap sangat nanti nak makan banyak2. Pastu nanti gemokkk haaa pastu obes haaa pastu sakit jantung haaa pastu x leh bergerak kerja dengan 'bersatulah wahai kaum muslimin' haaa.. Nampak tak akibat nya kalau mak benarkan awak makan nasi arab tu. Haaa.. Okey lah pastu awak pun dapat terima. Supaya awak tak gemuk  x obes boleh buat kerja dengan senang hati. Lagipun nasi arab yang sedap gila tu dah habis pun. Xleh nak buat apa lah. Okey saya frust tapi boleh terima. Tapiiiiiiiii... Pada suatu hari awak jalan-jalan nampak ada sorang tu makan nasi arab yang macam mak awak buat ritu awak tanya dia mana dapat dia jawab "aku beli kat mak kau jual" so dalam hati. "Mak buat nasi arab utk dijual. Haaa mesti tak sama yang mak buat utk anak-anak ritu. Ye la utk kitorang mak buat dengan penuh kasih sayang" tapi dalam hati je lah  dan sebenarnya cakap macam tu sebab nak sedapkan hati sendiri je. Tapi tengok balik nasi arab yg org tu makan nampak sedap je. Macam xde beza pun dengan yg sedap gila ritu. Okey finee. Pastu nya bukan sekali bukan dua kali tapi berkali2. Dan awak yakin akan nampak benda yang sama di masa depan pun orang makan nasi arab yang sama tu. Tipu lah kalau pas tengok nasi arab yang sama dengan keceriaan yang sama pada nasi arab tu awak tak rasa apa2 kan.. Apa yang awak akan rasa. Ami nak jugak nasi arab tu. Tak kisah lah sedap macam dulu ke tak. Nak jugak makan. So apakah feeling tu. Rasa nye macam sedih2 sket la. Pastu bila awak cakap kat mak awak pasal tu awak rasa apa yang mak akan buat. Kalau mak yg betul ni of course mak akan cakap "okey tak pe nanti mak buat lagi" dan bila mak cakap macam tu tak kisah dah la rasanya sedap gila macam hari tu ke tak. Tapi yang penting nasi arab mak dapat hilangkan rasa sedih yang terbuku sekian lama walaupun secara zahirnya awak dah menerima hakikat dan takdir yang awak tak kan dapat dah nasi arab yang sedap gila macam mula2 mak buat dulu. Okey dah.

P/s : nasi arab ni analogi je. Takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah pergi dijemput ilahi. Eh ada. Mak buat nasi arab rini.hihi. tapi for those yg concern boleh la tukarkan nasi arab tu dengan birthday wish. Sebab orang duk sibuk wish birthday kan tetibe je terase cmni. Huhu

Saturday 7 June 2014

~wanita~perempuan~muslimah~

assalamualaikum.wehoooo.. tetiba rasa nak tulis pasal ni. sebab tadi siang ami tengok cerita "Aku Bukan Tomboy" dan banyak la kisah dalam cerita tu buat ami terfikir something. dan apa yang ami fikir ami kaitkan dengan perbincangan ami dengan adalah orang tuuuu. dan apa yang dia cakap ? apa dia cakap? apa dia cakap? jeng jeng jeng "sori la ye..aku msih x brapa fhm org ppuan ni mcm mne..hehee" okey ni ami tiru sebijik-sebijik apa yang dia tulis. untuk sape yang tulis mohon terasa. post ni di tujukan utk anda.hehe :p
tak ada lah untuk anda sangat. cuma nak tolong anda cuba faham apa yang anda tak berapa nak faham tuh.haha. bukan apa dalam cerita tu tadi. kesian kat farisya. even dia ala-ala ganas sikit pun. tapi women still  women. dalam tu dalam (i meant hati dan perasaan) camne awak cuba keras dan kentalkan pun Allah dah jadikan perempuan macam tu ada lembut nya ada sensitifnya.huhu. okey intro panjang~
so dalam post ni ami akan cuba highlight kan atau cerita kan apa yang ami rasa kita as human perlu tahu alert dan aware about girls~ dan peringatan untuk semua. apa yang ami bakal tulis adalah based on ami punya pengalaman, pemerhatian dan pembacaan. so kalau ada insan kat luar sana rasa "excuse me aku tak macam tu okey," atau "kau je macam tu, awek aku tak pun," okey fine, memang ada orang yang tak macam yang ami akan tulis ni.  cerita ni mungkin lebih kepada pengalaman kot. sebab ami hanya boleh cerita  apa yang am alami kan~ so kalau tengah baca nak flashback balik kisah2 lepas yang melibatkan ami pun boleh (untuk sesape yang kenal ami la kan).  huhu. okey bertambah panjang intro.

1) suka ingat banyak benda : even mende yang remeh temeh pun ami boleh ingat. apa yang tak best dengan perangan ni, dia jadi masalah bila benda penting yang perlu ingat kau tak ingat, mende tak penting yang sebenarnya tak ingat pun tak pe sibuk nak ingat. hewhew. contoh. dulu ada orang nyanyi lagu faizal tahir dalam tepon..see xde lah peting sgt. tp ami ingat.lalala.orang yang nyanyi ntah ingat ntah x.

2)suke value kan barang : even sampah sekecil2 sampah pun nak simpan konon ada nilai sentimental. so for that ami ada satu album untuk ami simpan apa2 yang ami rasa bernilai and ada kisah nya ami buh dalam tu~ so kalau nampak ada album penuh dengan bahan buangan ami punye lah tu. (^_^)

3)ingat tarikh tarikh penting : kalau tak ingat pun mesti ada tempat kau mark tarikh2 tu. ni bukan ami je yang cakap ami ada jugak baca pasal ni. sebab kami ingat maka kami expect dan kami harap orang lain pun ingat la. hoho. terukkan macam ingat sebab minta balasan.haha. tapi nak buat camne dah memang itu yang dirasa. sebab tu kalau mak awak ke, family awak ke, kawan2 baik awak ke, atau sape2 yang awak rasa patut ingat tapi depa tak ingat. ia akan mendatangkan satu feeling sedih sedih siket.haha. even depa ingat pun tapi tak de tanda2 yang menunjukkan dorang ingat macam krik krik jugak.sebab mane lah awak nak tau kan dorang ingat ke tak senanye.


4) mood swing : haaa ini biasa. fitrah kejadian manusia Allah jadikan. dulu masa ami mula menjengah alam remaja ni. ami duk fikir apa yang dikatakan emosi tak stabil pada tarikh2 tertentu. sebab ami rasa dalam 365 hari ami. ami tak tahu bila hormon tu effect emosi ami.haha. so ami fikir tak semua orang kot ada simptom2 ni. tapi as the time goes by. ami semakin dewasa..ecehhh. makin banyak berfikir dan mungkin makin matang kot.hehe. dan ami mula rasa macam mana hormon mempengaruhi emosi ami. dalam sebulan akan ada satu masa kami perempuan ni jadi verrrrrrrrry sensitif. dan ami perasan banyak post2 emo ami ditulis masa emosi tengah tak stabil lah. kadang benda kecik je. tapi ami punya fikir macam nak kena madu ngan laki je (okey in hiperbola sbb x tau feeling nk kne madu camne dan tak nak rasa punnnnn ). cuma pada semua kat luar sana lelaki ke perempuan ke, kalau perempuan patut awak lagi faham, please please jangan marah wanita yang terover sensitif padahal dye bukan jenis emo2 sgt pun. sebab mungkin itu fasa emosi tak stabil dye kan. mohon mengerti.

5)tak suka saingan : ni kalau ami la kan. and ami rasa sume orang pun. mungkin bagi orang lain bila ada saingan akan tolong dye untuk naikkan level. tapi bagi ami yang kurang keyakinan diri saingan tu akan mengdownkan lagi. especially bila saingan tu memang mereka yang hebat dan perkasa. ho yeahhh. dalam semua benda. lagi lagi awak fight untuk dapat something yang bagus, dan sebenarnya ramai orang pun tengah fight untuk benda tu. awak akan ada satu perasaan layak ke aku nak dapat, mampu ke aku nak dapat dan itu akan menambahkan rase insecure awak tu. jadi pada yang terlibat....hmmmm...xde ape lah.huhu..

6) last but not least 'jeles' atau nama manja nye 'rase yang segan' kenapa segan sebab. segan wooo nak gtau orang kte jeles lagi2 pasal tuuuuu. okey jeles kami ni bukan pasal relationship between boy and girl je. banyak benda contoh. "adik senang je dapat kasut mahal2" lagi " untunglah ambik lesen sume kena sponsor" (ni realiti diri saye hihi) tapi yang tu biasa. yang menjadi masalah kat ami ni. jeles bila... hmmm xpe lah dia tahu.huhu.tp bab jeles dun worry biasanya benda ni boleh handle sendiri. makan hati sorang2 je lah. nanti ble dah kenyang makan hati berenty lah. pastu hati2 yang dah dimakan nnti ada balik untuk dimakan lain kali pulak.haha.
Add caption
yg  ni ada gambar hiasan. tapi ami biasa tak delah marah. feeling telebih je.haha.

okey sume ni ami rasa tak sampai 30% pun lagi about women yang perlu kite tahu. kadang ada benda awak hanya akan tahu bila awak alami je. mende2 ni cuma sebagai bantuan untuk kita tak cepat judge orang bila something happened. macam kata ustaz ridhauddin perempuan memang macam tu. lelaki memang macam tu. awak buat la macam mana macan mana pun. takkan boleh ubah. so what we have to do? just deal with it.
dan lagi sume menda yang ami cite kat atas tu patutnya dibentuk dan dizahirkan dengan acuan islam. untuk ami. ami tak nak jadi wanita semata-mata. xnak jadi perempuan semata-mata. ami nak jadi muslimah. tak semua perempuan tu muslimah, mukminah, tapi yang pasti sume muslimah, mukminah adalah wanita yang Allah sayang dan cinta. to people out there include me, please...please appreciate women around you.  dan tak salah rasanya anda tunjukkan anda hargai mereka lagi lagi wanita yang anda rasa memberi makna even sekelumit pun dalam hidup anda. pesanan ni bukan untuk lelaki je ye. untuk saya juga.sebab di sebalik setiap kejayaan saya terlampau ramai insan insan yang bergelar wanita yang tanpa mereka belum tentu kejayaan2 tu saya kecapi. fuhhh penutup pun panjang.

p/s: selamat hari wanita sedunia (tetibe je nih.ntah bile senanye.haha)

Monday 26 May 2014

Jangan emo emo emo emo emo emosianal wohooo

Assalamualaikum post before ni macam emo pulak ami baca.huhu.no no no.jangan emo sangat lah ami. Hmmm sorry blog lupe to let u know.. Ami now 22 year old already.ye haaa bolehhh haaa x boleh laa.huhu.. Sebab x ramai org nak wish mcam tahun before.mgkin sebab buzy kannn.sape tau.. So
HAPPY BELATED BIRTHDAY TO DEAREST AMI!!!! nampak pathetic ke wish birthday kat diri sendiri dgn semangat nya. No lah.  Wish dari ami untuk ami mewakili 1000000000000 org. Jadi x yah nak sedih sangat lah ami bila ada org x wish birthday.. Adam pn x touching org x wish birthday dia.tapi tu adam..iye memang adam.jadi tolong jadi lagi matang dari adam. Apa la ada pada ucapan tu kalau nak banding dengan doa. Tapi itu tanda derang concern.huhhhh~ mana lagi penting concern dari Allah atau dari derang. Memanglah.tapi wish tu kan macam doa.mnx Allah concern kat ami. Hei. Antara doa yang Allah makbulkan 'doa saudara utk saudara nya tanpa pengetahuan saudaranya itu tau' okeyyyy... Krik krik krik.tp kalau dye wish mksudnye dye engat.. Kalau x ingat mesti tak ada doa tu.hei sape kau ami nak teka2 orang tu berdoa ke takkkkkk. See ami tak ada sebab nak sedih2 orang tak wish birthday. X wish bkn bermakna tak ingat.x wish bukab maksudnye x concern. X wish x semestinye dia x puas hati ngan kau. Ade sebab yang hanya dia dan Allah je yang tahu. (^_^) Budak2 sangat nak feeling sensorang. Dan yang penting selain mereka yang tak wish tu ramai lagi insan yang really made my day.they brought happiness and smile on my birthday.. Dan buat ami bersyukur to be ami dulu kini dan selamanya. Semoga Allah kumpulkan kita semua di syurga nanti. And last shout HAPPY BIRTHDAY AMI semoga jadi muslimah solehah.penyejuk mata penawar hati mak abah dan bakal suami.hewhew :p
see the title~of course from my lovesss at home <3

yummy red velvet from beloved roomie

Sunday 4 May 2014

Life is getting miserable.

Assalamualaikum wohooo.first time tulis entry pakai fon.h..sorry incik blog sbb da lame x jenguk last skali mase nak aja budak2 ni unit 7: blogging.tu pun sebab nak mempergunakan awak.kalau x tak jenguk jugak kot..huhu..okey baaaaaaaanyak sangat cerita ni.first thing first.alhamdulillah dah habis praktikum fasa 1. Everything went well.yuhuuu..now i am officially miss Ros. So next sem will be my fasa dua praktikum for 2 months..hopefully sumenye okey.insyaAllah. …
Next..ami ada mimpi tak best..x best lnsung..mimpi x best x elok cite kan..so ami x cerita la..tp apa yg ami nk cerita kat sini.apa yang mungkin menyebabkan ami termimpi menda tu sume. Lately ami x pasti apa yang sedang berlaku. Ami jadi macam stranger dekat dia. Stranger tahan lagi.kadang dalam ramai2 orang tu ami rase macam ami is someone he hate the most..bila suasana tengah happy2 orang gurau2.. And he's apart of that happy2 moment.tp bila time ami cakap or hidupkan suasana tu sumorang boleh senyum..ketawa except him..yes its him not her.. Nak cakap dia sedang cuba kurgkan ketawa..benda lagha. Tapi cuma bila ami dia mcam tu..i really dont get what is he trying to do now..cbe jaga hati..cba jaga hubungan..tp seriously ami x rasa mcam tu..jaga hati tp ade yg makan hati macam mana.. Banyak kali ami terfikir..if being special is the reason for u to treat me like that.then i dont want to be special for u now.. Sebab saaaaangat sedih bila sume orang kau layan mesra dan ceria tapi bila ami..you're just not like you.tapi kalau ada reason lain untuk semua ni please terangkan kat ami.sebab ami x nampak.dan kadang ami rasa dia cuma pretend to be like that..dia xnak pun sebenarnya..dan kalau ada perkara yg ami terbuat org marah pun please let me know..kadang ami terfikir..syaitan  ke yg buat ami rasa sume benda nih..mungkin betul syaitan..so please help me..nak lawan syaitan2 ni..apa yg ami perlu cuma explanation.so please explain to me. :'(

P/s : kalau x suruh bgtahu pun ami mmg akan bgtahu yg ami dah sampai kuantan. Xkisah la ko nak tahu ke tak

Sunday 13 April 2014

Today something interesting happened in our garden. Two birds were chirping loudly while we were weeding under a tree. At first, we thought the birds were just happy to see us. We did not pay much attention to them.

   Suddenly Nurul was screaming and running towards us, while pointing at a rose bush. Something was moving in there. We all thought it was a snake and stayed far away. Mr. Ramesh went closer to look.

    A few minutes later, he rose from the bush smiling. He was holding nestling in his handkerchief! It must have fallen from its nest. The nestling was not hurt, and was trying hard to free itself. It was also chirping.

    The adult birds began chirping even louder now. We realised that they were worried about their baby, so Mr. Ramesh climbed up a ladder and put the nestling back into its nest. 

   Immediately, the two adult birds went back to their nest to comfort their nestling. It was a very touching moment. Nurul almost cried.

Saturday 8 March 2014

assalamualaikum..
dikeheningan pagi.. ami cuma nak minta maaf jika ada insan-insan yang terluka dengan gurauan over ami...seriously i really didn't mean what i say. apa yang ami cakap spontaneous terkeluar dari mulut ami..tak fikir and orang tu je yang ami nampak.. betul lah orang cakap lidah kadang boleh jadi lagi tajam dari pedang.walaupun pedang boleh potong lidah.
and aci tak kalau ami mintak something kat sape2 yang baca.. jangan cakap 'kenapa ami'...ye ami tau gurau je..tapi kadang-kadang ianya menyakitkan dan menyentapkan.lagi-lagi bila hujung bulan dan awal bulan..emosi kurang stabil..hoho.. kalo di luar linkungan emotionally unstable x pe lagi kot..ami okey je.. sentap sikit je... n boleh terima mende tu as gurauan..tapi kata-kata kn doa.. kalo selalu cakap nanti jadi doa Allah makbulkan...sedihh.walaupun tahu mende tu yang dah tertulis...dan kena terima..tapi tipulah kalau x sedih lansung kan.. okey esok nak merentas desa..hoyeahh ngantuk..tapi as usual banyak sangat pikir nih.. =='
hmm  lagi satu rindu mak..rindu semua..tapi paling rindu mak lah.. semoga Allah masih bagi ami peluang jumpa insan2 yang tersayang... :'( huhu
dan al-fatihah buat insan insan yang dah pun pulang berangkat untuk bertemu kekasih abadi.. dan kita yang masih hidup pun jangan lupa kita bakal menyusul. :.(

till then xoxoxo (bajet blog cute cute lettewww :p)

Monday 10 February 2014

TIRED

assalamualaikum..
penat..bukan sebab baru pas olahraga pagi tadi.. penat bukan sebab buat assignment campur dengan keje2 PERMATA... penat bukan sebab yang bese nye buat orang penat la.

ami penat bermain dengan perasaan..(ecehhhh~).. tapi seriously..itu yang ami rasa... kadang ami rasa ami yang terlampau fikir kan nya.. dan kadang ami rasa ami yang buat semua ni jadi sgt complicated.tapi nak buat macam mana.itu yang ami rasa. jadi penat sebab i have to handle semua rasa yang bercampur campur ni.... nak biarkan takut jadi penyakit hati yang confirm mudarat nya lagi banyak..
tapi nak dilayankan penat la..penat..penat...
lepastu ami rasa ami think too much.. dan macam ami je yg fikir..ami tak tau lah orang lain fikir ke tak.. wahhhhh... tak tahu lah..patut ke tak ami terasa sebenarnya.. tapi terasaaaa...huhuuu..ami ami ami..
come on come on~..susahnya lah macam ni kannn...
sebab tu ami jadi penat...sebab something yang ami tak suka untuk rasa.dan tak nak pun rasa tapi menda tu datang..rasa tu ada....
macam korang dipaksa makan minum something yang korang tak nak dan lagi teruk korang tak suka pun. tapi still makanan dan minuman tu dimasukkan dalam mulut korang untuk ditelan, dikunyah, dihadam dan lastly dikeluarkan balik..keluar tu pun dengan cara yang kadang korang tak suka (yang ni jangan bayangkan). yang mana sebelum keluar akan rasa sakit-sakit dulu..
macam this feeling la..yeah ami tau..hati ni milik Allah..tapi bila mana iman kurang kuat..senang goyah..senanglah syaitan nak buat kerja dia. nafsu pun senang dicucuk.. fikiran pun senang je dia nak kawal.
astaghfirullahalazim.. amiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
can you please stop that.. ye ami nak stop.sebab ami dah penattttt.penat dah.. dan ami selalu cuba untuk carik jalan keluar.from all these things yang ntah apa2 ni.tapi bila ami beberapa langkah nak keluar ami akan terstop.. sebab ami rasa tu bukan jalan yang sesuai.. ami nak cari jalan tu.. please guide me ya Allah.. jalan keluar dari semua rasa-rasa ni..walau ami tahu kadang jalan-jalan keluar yang ada bukan jalan yang mudah..tapi ami akan cuba.. sebab ami nak kan pengakhiran yang bahagia. ami tak nak jalan je yang indah tapi destinasi yang dituju derita..
bantu ami ya Allah..bantu kami ya Allah..