Friday 30 December 2011

~cuti-cuti malaysia~(malaysia la sangat padahal negeri jiran je)

bismillahirahmaniraahim.
sit properly, take a deep breath, close your eyes,...........................................................................................................

tadaa aku lupa nak cerita apa.~heeee.
ok2..
sebab x berapa nak ingat maka akan aku cerita apa yang aku ingat je lah.
cerita bermula.

Pada hari Isnin yang lepas saya telah berpeluang melawat ke sebuah negeri yang dikenali sebagai BANDARAYA PERSISIR PANTAI..fuyooo hebak hebak.hehe.
ok..ayat di atas buat saya teringat cara penulisan saya tatkala berusia 12 tahun dan ke bawah.hehe

ok..akhirnya ami dapat pergi terengganu.
hari tu balik dari kelantan ami x gi pun..depa2 je..sebab kena balik
maktab a.s.a.p.huuuhuu..(ok alasan je sebab nak gi jalan2.hehe)
ami pergi sana dipengaruhi faktor
1.nak jalan2.
2.one of my what-to-do list for this semester break.(supposed pergi dengan nik.huhu)
3.nak menziarahi sahabat saya.=D.
4.nak sahut seruan kerajaan..(tetibe je kan.hehe).ok yang ni tipu.hehe

ate~sebab abang ngan kaksu duk sane maka mike pun duk lah umah depa je.
free.xyah bayor aih.hehe

ok antara tempat-tempat yang dilawati..
HARI PERTAMA~
1)rumah pokdeng.tadaa.hehe.(jap2 carik gamba)
alaa..xde minta maaf..hehe..di sana terdapat.
buah kurma, air zam-zam buah tin, kacang ape ntah name nye.air teh dan keropok.hehe..
dan mestilah family dia kan~.hoho

2)Taman Tamadun Islam.
haa..yang ni ade gamba.tadaaa~
wah cantik gile aq amik gamba kan.ok ini pakcik google pnye ihsan.

apa ada di sini.ada masjid kristal antara tarikan utama.
lepastu ade rivercruise menyusur sungai terengganu. and ada taman yang ada replika masjid.
tapi unluckily amu tak berpeluang nak try.atas beberapa faktor.insyaAllah lain kali.

3.Pasaraya Nirwana.
maaf la saya tanya pakcik google dia kata xde gamba nirwana.hehe.
dah nama pun pasar raya.mestila ada jual barang-barang kan..macam yang bese2 awak pegi.
hairan?.apa saya buat di sana.hehe.ok saja mengada nak ikot tour guide saya beli GULA,sebab awal lagi nak balik.(awal la sangat kan.hehe)

4.Pulau Warisan.
haa.yang ni saya pergi ngan abang dan kaksu.
ihsan pakcik google lagi

haa..abang cakap baru nak bukak so xde apa sangat kat sini yang best nye tempat ni cantik+nyaman+tenang
sebab tepi pantai.
haa.kat pesisir pantai tu ada poko yang ala2 i-city.
banyaaaak..cantik.so rakyat terengganu xyah susah2 pegi shah alam.tempat awak pun dah ada i-city.=D

HARI KEDUA.
1.hah!..pegi mana..pegi SETIU.ikut abang berkelana mengambil kereta menghantar kereta dan mengambil kereta lagi.hoho faham?..
haha..hebak hebak. tpi this is better than duk umah do nothing kan.

2. Dataran Syahbandar.
xyah cakap awak sume tahu ihsan sape.hehe
ok ni gamba ala-ala romantik gitu.tapi ami gi malam.lagi la romantik.huahahaha.
kat sini ada ala-ala ekspo tau time tu.so singgah2 konon2 nak jalan2 je.
haa.bese lah saya pun perempuan biasa.hehe.
nak beli satu baju tapi guess what.
"takpe ami kaksu bayar kan."yahooooooooo!.hahaha.thanx kaksue.<3<3
haaa.lagi satu yang ami rasa nak cerita tandas dia mahal woo.lima posen..(tapi bile cite tadi abg najmie ckp "kat klcc dua ringgit")ok ami kalah..

3. Pantai Batu Burok.
lalala~
ok.pantai ni pun ami pergi malam ngan abang ngan kaksu jugak.ombak besaaaaaar gile woohoho..
best sejuk dan nyaman, malam2 kul 12 pun meriah lagi kat sini.pastu ade satu mnde ape ntah nak google gmba tapi tatau name dye pe..ala..yang macam motor tapi ada 4 tayar tu..hmmm..ami teringin nak naik tapi segan ramai orang.hehe.balik dengan hampa..haaa..ami nampak hafiz awan nano..eh silap..org-bajet-cam-hafiz-awan-nano .hahahamen gitar nyanyi kat situ.hehe

ok pastu balik. pastu tido pastu dah hari ketiga pastu dah kene balik.
eh..tak pergi rumah kakcik..nek bas dari KT trus ke Paka.
wahaha.ami ada bakat rupenye travel sorang2 ni..seius bes jugak!.hehe.
ok kisah ami kat kuala terenganu je kan.
so kisah di paka dan kisah pulang ke kuantan bukan dalam post ni.hehe.
sejujurnya tak puas rasa pergi sana sebab ada lagi tempat yang ami nak pergi tapi
tak terpergi.
takpe ada rezeki ami pergi lagi..ajak kawan2 lain x pun ajak family lain.hoho.
ok,KT i'll be back.\(^^)/.

p/s: ade gambar ami amik gune fon tapi xde card reader la nak upload gmbar.hehe.nanty gambar tu ami wat entry lain tajuk adik-adik saya.wahahaha~gurau2..tak3..=P







Friday 23 December 2011

~tersentuh..trrrr...(T_T)~

assalamualaikum..sebenarnye tak rasa nak post apa-apa pun malam ni.
tapi tadi berjalan2 di you tube..
terbukak satu video nih.
and bila tengok + dengar
tetiba rasa satu getaran yang kuat dalam dada.
macam ada satu kereta kebal yang besar
sedang merempuh..

nak share kat fb nanti orang cakap ami berjiwang.actually bukan lah jiwang~
listen to the last part of the video..
start dari mula da rasa sayu+syahdu.
bila last2 ya rabbi..i'm speechless..
(T_T)..huu..ya Allah ampuni segala dosa ami.
teruk betol ami..
ami selalu rasa insaf tpi sekejap je.
tak lama lepas tu lupa..huhu.
 ade dua version.tapi sebab ami perempuan ami lagi terkesan bila dengar yang perempuan baca la.
kalau lelaki ada lagi satu kat bawah...
:')


                                           
                                     




sekian dari ami.=)

Wednesday 21 December 2011

~HAPPY BIRTHDAY KAKCIK.~

Assalamualaikum w.b.t and hello guys.
semakin kehilangan idea nak tulis apa~heee~ =P
ingat malas nak update dah tapi rasa macam ada benda nak diceritakan.hehe.
ok~                                                                                   to the point.(garis panjang2 tu maksudnya straight.)

cikgu ros(uhuk3 =P): ok murid murid~hari ni berapa haribulan?..(bertanya ala2 sorang teacher yang berdedikasi)
murid-murid :21 Disember cikgu!!!!
cikgu ros : bagus! so tahu tak hari ni hari apa?
murid 1 : birthday cikgu!!!..
cikgu ros :no no no! birthday cikgu 25 April la...lepas ni sape x ingat birhday cikgu jangan masuk kelas ok?
murid 2 : tarikh Hang Tuah pegi meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Mahmud!!.
cikgu ros : Errr...ye ke?..entah la noks~cikgu tak tahu pulak.masa sekolah dulu xde pulak belajar..hmm mungkin betoll tapi cikgu tak tahu..tapi syg itu bukan jawapan itu yang cikgu nak..siapa lagi nak teka?
murid 3: haaa..saya tahu saya tahu!..tarikh Najib letak jawatan.(da nampak bulan atas kepala budak nih.hehe)
cikgu ros : eh..mana ada najib letak jawatan lagi..salah3.(pegi dekat2 bisik kat budak tu.).pss..tapi nanti dia letak la tuh.hehe.
murid 4 : yeah cikgu, i know.~ your anniversary right?.(kemain lagi budak ni speaking..aku pun cakap bm je )
cikgu ros :huh~what anniversary?.
murid 4 : your wedding anniversary..(dengan muka selamba yang agak2 kalau teddy bear tu dah lama aku amik lepe2 kan kasi comel siket diikuti dengan sorakan gembira sahabat-sahabatnya)
cikgu ros : haah yelah tahun lepas cikgu kahwin dengan lee dong wook tapi lupa nak ajak awak semua sorry la ye.
murid2 perempuan : alaaaaaaaaaaaaaaa~~
cikgu ros : hahahaha..mengada la korang..don't worry cikgu tak kawen lagi..nanti cikgu kawen confirm cikgu ajak..tolong basuh pinggan..
murid-murid: habistu hari ni hari apa cikgu ?!!!
cikgu ros : hari ni BIRTHDAY KAKCIK cikgu!!
murid murid :................................................................................................
cikgu ros : lalala~saje je cikgu bagitahu lalalala.

haaaa..main point dia yang di CAPSLOCK kan tu.hehe.

yg kecik2 tu kakcik yang cm model tu ami.haha
see..my kakcik lagi kecik dari saya,
apa apa pun ami nak ucapkan
HAPPY BIRTHDAY MY DEAREST SIS~
semoga selamat melahir kan baby yang comel.=D
love u sooooooooooooooooooooooo much..<3<3<3

p/s: hei baby baby! today is ur mom's birthday..don't forget to wish her.=D



Sunday 18 December 2011

MATI KAU MATI KAU!!

huh!.baca tajuk pun da tau kan...ami tengah tenes tensen gila kan..
sebab kan kau aku rasa geram..rasa annoying.
kau ingat aku takut kat kau ke..hello.!! ni ami la.
setakat kau.hei! skali jentik melayang (err..x jugak kot senanye.hihi)
kau rasa kau hebat...ada banyak geng.
kecik besar.hei. kau tahu tak semakin besar geng kau semakin aku geram dengan keadaan kau.
kalau kau tak kacau hidup aku.
ok it's fine.suka hati kau lah nak buat apa,
nak kawan ngan siapa. nak makan apa
nak pergi mana.(eh..no.no.no..pergi mana x boleh ikut suka hati kau.nanti kau datang dalam hidup aku lagi)
aku tak suka.
aku bukannya takut kau.
cume aku geli..
ok..ye..dulu masa kecik2 aku tak kisah dengan kewujudan kau
sebab.ye lah. kecik kan.
mana reti.lagipun memang aku bukan la yang
'ewwww...emak geli nye'
iye..iye..iye..aku pun main  tangkap ikan kat paya..main masak-masak guna daun2.
main pondok2 duduk atas rumput merata-rata.
TAPI aku tak main benda kotor macam kau.
masa kecik ye boleh..kau boleh lalu depan aku sesuka hati kau.
tapi sekarang 
MAN!!!
ok..ami dulu dengan ami sekarang lain..
dulu ami x geli



tapi tu dulu..sekarang
please don't bring  these 'monsters' to me..geliiiiii~..~
(ada je yang lain..tpi yg 3 ni dulu ami x geli..pelik cmne boleh jadi geli..eww..eww)
eh..apa ni..we're not talking about them
it's about KAU!..
hei..actually kalau kau nak tahu. 
sebenarnya kalau antara 'monster2' kat atas dengan kau.
aku tak ada lah kisah sgt dengan kau..
dorang lagi menggelikan.
tapi sebab dorang jarang muncul depan aku tapi kau sangat suka
bersiar-siar depan mata aku,..
maka akan ku sediakan.

err..xde lah ami sediakan semua ni kan..
satu je kat rumah yang warna hijau tu.=P.
haaa...kalau berani lalu lah depan aku lagi..
akan ku ambil senjata rahsia.
dengan penuh semangat!!!
MATI KAU!!MATI KAU!!..
sembur~sembur..
selamat tinggal wahai.
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)

LIPAS!!..

ok tamat.=D..eh..kepada siapa-siapa yang rasa saya kejam membunuh lipas..boleh baca link http://farkhan5.blogspot.com/2011/08/hukum-membunuh-serangga-dalam-islam.html..
lagipun.lipas dikategorikan dalam jenis serangga yang kotor dan memudaratkan..sebab awak semua tahu kan..lipas ni merayap2 di mana2 sahaja..mungkin di tempat sampah.di atas bangkai haiwan..di dalam tangki kumbahan. dan di mana2 sahaja yang awak akan rasa..ewww..geli..huhu..maka..marilah kita sama-sama membanteras lipas!!...ok.eh ami tak bagi salam lagi kan..sorry..
assalamualaikum w.b.t.=D

p/s:saiz gambar kat entry2 lain besenye medium..tapi yang ni eww..ami geli nak tengok gambar ni besar2.so sume buat small je.hehe..










Thursday 15 December 2011

Alhamdulillah aku bersyukur

assalamualaikum w.b.t.

dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa tapi masih mementingkan agama
dibesarkan dan diberi pendidikan yang biasa-biasa juga tapi masih bersekolah agama

kesan negatif-masa kecik2 selalu buat-buat lupa.mesti mak kena suruh baru pergi solat.
kesan positif- alhamdulillah tak ingat darjah berapa tapi dah khatam Al-Quran.

pendidikan menengah rendah di sekolah yang biasa biasa tapi dalam kelas Aliran agama.
bersahabat dengan mereka yang biasa-biasa tapi ber'gang' dengan yang menjaga akhlak dan iman mereka.

kesan negatif-senang sangat terpengaruh.tgok orang couple saya pun rasa nak cuba. xpergi surau pun tak apa.selalu solat dalam dorm.
kesan positif-rasa segan buat perangai x molep.sebab gang saya baik2.rasa semangat nak pegang jawatan tinggi2 sebab confident level waktu ni sangat tinggi.

menengah atas di sekolah yang hmmm..luar biasa tapi saya yang menjadi biasa-biasa.
bersahabat dengan mereka yang luar biasa juga tapi saya rasa saya tak layak buat mereka.

kesan negatif-selalu rasa down.nampak diri sangat lemah dan tak layak bersaing dengan kawan..dikelilingi mereka yang baik buat saya rasa jahat.
kesan positif-sentiasa rasa nak cuba baiki diri. menambah rasa kebergantungan terhadap Allah. sebab waktu ni bila stress selalu nangis lepas solat.sebab rasa Allah sangat dekat waktu tu.(rindu perasaan ni.(T_T))

lepas spm mengahabiskan waktu secara biasa tapi dengan perasaan yang luar biasa.
berkenalan dengan mereka yang sangatlah biasa dan mulalah berkelakuan luar biasa.

kesan negatif-huuuuhuuu~banyak saaangat kesan negatif~bila rasa dah besar mulalah buat perangai pelik2..
suma benda yang tak dapat buat sebab ada title 'pelajar sekolah' terus saya cuba..isk3..ya Allah ampunkan segala dosa-dosa silamku~.(T_T).
kesan positif- sekarang saya sedar Allah sayangkan saya kerana DIA pertemukan saya dengan orang-orang macam tuh untuk uji sejauh mana iman saya yang kononnya masa upper form tu dah berubah.

dan sekarang melalui kehidupan kampus yang biasa-biasa tapi saya akan cuba menjadikannya luar biasa.
bersahabat dengan mereka yang sangat luarbiasa dan menyedarkan saya semua sahabat saya luar biasa..
tanpa mereka mugkin sampai sekarang saya masih menjadi biasa biasa dalam kalangan mereka yang biasa biasa jugak.=D..saranghaeyo kawan,


kesan negatif-sebabkan kehidupan kampus yang biasa-biasa maka perkara negatif yang dialami oleh student yang biasa juga saya  alami.tapi sebab ini baru saja bermula, belum terlambat untuk pastikan tiada yang biasa dalam hidup saya.
kesan positif- masih cuba mentarbiyah diri..masih ada usaha nak memperbaiki diri.dan sekarang saya sedar betapa bernilainya sebuah ikatan persahabatan~

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usahanya sendiri"
(Ar-R'ad.ayat 11)

Berusaha untuk berubah ami. ingat mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.=D

This song always give me inspiration.


~jangan jangan berputus asa cari rahmat yang maha esa, jangan jangan kita lupa ujian lumrahnya dunia~

p/s:baru lepas melawat tagged setelah hampir setahun lamanya ami tak menjenguk beliaun lantas teringat dan tersedar akan segala kesilapan dan kealpaan yang ami lakukan di masa silam.huhu.(T_T).semoga Allah mengampuni dosa kita semu.~aminn.





Saturday 10 December 2011

mood ami dengar lagu

~

hohoi~
just listen to this song
hayati, dalami dan fahami
huhu.
x tengok lagi cerita ni so x leh nak tulis lebih-lebih kan
tapi macam penah dengar orang cite pasal novel ni
ombak rindu
ni haa novel nye
tapi walau pun dari sekolah menengah
dengar pasal novel ni 
sampai sekarang x penah baca
(ami bukan penggemar novel cinta.<3)
ada la sekali tu terbaca siket
tu pun sebab x pergi surau
and adik2 dorm kat surau.
ternampak atas katil dyorang
'ombak rindu'
tadaaa~novel yang menjadi buah mulut 
orang ramai.kini ada depan mata aku
baca lah siket.
dari 7:30 sampai kul 8:00
pastu bersiap2 pergi prep.
sampai tu je la
pastu x de la pulak teringat2 nak habiskan pun.
heee.

tapi nye sebab da ada movie kena lah tgok
sebab movie xyah baca
hoyeah!
pejam mata pun still boleh faham cite dia.
ok...semoga ami berjaya menonton ombak rindu
x berjaya pun xpe
nanti boleh download.
hohoiiii~


Wednesday 7 December 2011

~kenapa saya ber'BLOG'~

ohhh..ini bukan ice blog mahu pun cool blog
yang sedap diminum jika ditambah pearl tapi kene tambah 50sen
hehe.

ini kisah dunia blog saya
diberi nama 'CERITA CERITA AMI'
eh lupa
awal bismillah pembuka bicara...hehe mula semula lah..\(^^)/

kisah bermula di suatu masa

tatkala ami bermuram durja 
rasa nak luahkan segala rasa 
tapi entah pada siapa
terlihat ami COMPAQ kesayangannya
lantas di buka tapi tak tahu nak buat apa
duduk diam tapi sakitnya dalam dada 
nak nangis rasa tapi malu roomate ada nanti ditanya.(hihi)


terbit idea di hati ami
best jugak kalau tulis dalam blog sendiri.
heh!berangan la kau ami!
dulu dah buat tapi apa pun x jadi.
blog di 'create' tapi dibiarkan sepi
kalau x silap yang dulu tajuk nye 'bicara hati"
wah dah macam novel.BAJET NYEWW KAU AMI!.(hehe)
tapi biarlah apa saya peduli.

buatlah blog banyak2 pun berbaldi2(boleh ke.bia la nk kasi sedap rima belakang.hehe)
xde orang pun datang kutip sewa nanti,=D

akhirnya tercipta juga 'CERITA CERITA AMI'


tengok tajuk la derr~(hehe)
semua cerita hasil nukilan ami lerr..
dari fakta dan ngarut2 pun yerr
hasil perahan limau otak ami yang x seberaperrr.
macam pelik je yang ni tapi biar lerrr~hoho

blog bukan untuk dijaja

sebab saya belum belum bersedia 
post2 ngarut x semua boleh terima
risau nanti ada yang terasa
pastu mula lah cakap-cakap belakang saya
oh!itu memang saya x suka
sebab biarlah saya dalam dunia saya
nanti dah proper baru boleh jemput semua
tapi mana yang dah tersinggah mestilah tak apa
jemputlah baca mana yang ada

rasa bagus ambil pastu semat dalam dada
mana x bagus buat x tahu pun apa salahnya
tapi kalau nak tegur,ohyeah ami mengalu-alukan nya,hehe


rasa ini je yang ami nak cerita
esok gi KL oh excited nye rasa
sehingga berjumpa di lain masa 
tapi post pasni xde dah la berbunga2.
sebab susah jugak nak samakan rima.
\(^^)/

salam sayang dari ami atau nama sebenar 

ROS AMILIANA ROSLAN.

AMEK KAU BLING2 ROSE AQ BAGI ~

Sunday 4 December 2011

~pesanan buat HATI ~

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

' Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain,pasti kehormatan dirinya terjaga' (Umar al Khattab)