Thursday 15 December 2011

Alhamdulillah aku bersyukur

assalamualaikum w.b.t.

dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa tapi masih mementingkan agama
dibesarkan dan diberi pendidikan yang biasa-biasa juga tapi masih bersekolah agama

kesan negatif-masa kecik2 selalu buat-buat lupa.mesti mak kena suruh baru pergi solat.
kesan positif- alhamdulillah tak ingat darjah berapa tapi dah khatam Al-Quran.

pendidikan menengah rendah di sekolah yang biasa biasa tapi dalam kelas Aliran agama.
bersahabat dengan mereka yang biasa-biasa tapi ber'gang' dengan yang menjaga akhlak dan iman mereka.

kesan negatif-senang sangat terpengaruh.tgok orang couple saya pun rasa nak cuba. xpergi surau pun tak apa.selalu solat dalam dorm.
kesan positif-rasa segan buat perangai x molep.sebab gang saya baik2.rasa semangat nak pegang jawatan tinggi2 sebab confident level waktu ni sangat tinggi.

menengah atas di sekolah yang hmmm..luar biasa tapi saya yang menjadi biasa-biasa.
bersahabat dengan mereka yang luar biasa juga tapi saya rasa saya tak layak buat mereka.

kesan negatif-selalu rasa down.nampak diri sangat lemah dan tak layak bersaing dengan kawan..dikelilingi mereka yang baik buat saya rasa jahat.
kesan positif-sentiasa rasa nak cuba baiki diri. menambah rasa kebergantungan terhadap Allah. sebab waktu ni bila stress selalu nangis lepas solat.sebab rasa Allah sangat dekat waktu tu.(rindu perasaan ni.(T_T))

lepas spm mengahabiskan waktu secara biasa tapi dengan perasaan yang luar biasa.
berkenalan dengan mereka yang sangatlah biasa dan mulalah berkelakuan luar biasa.

kesan negatif-huuuuhuuu~banyak saaangat kesan negatif~bila rasa dah besar mulalah buat perangai pelik2..
suma benda yang tak dapat buat sebab ada title 'pelajar sekolah' terus saya cuba..isk3..ya Allah ampunkan segala dosa-dosa silamku~.(T_T).
kesan positif- sekarang saya sedar Allah sayangkan saya kerana DIA pertemukan saya dengan orang-orang macam tuh untuk uji sejauh mana iman saya yang kononnya masa upper form tu dah berubah.

dan sekarang melalui kehidupan kampus yang biasa-biasa tapi saya akan cuba menjadikannya luar biasa.
bersahabat dengan mereka yang sangat luarbiasa dan menyedarkan saya semua sahabat saya luar biasa..
tanpa mereka mugkin sampai sekarang saya masih menjadi biasa biasa dalam kalangan mereka yang biasa biasa jugak.=D..saranghaeyo kawan,


kesan negatif-sebabkan kehidupan kampus yang biasa-biasa maka perkara negatif yang dialami oleh student yang biasa juga saya  alami.tapi sebab ini baru saja bermula, belum terlambat untuk pastikan tiada yang biasa dalam hidup saya.
kesan positif- masih cuba mentarbiyah diri..masih ada usaha nak memperbaiki diri.dan sekarang saya sedar betapa bernilainya sebuah ikatan persahabatan~

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usahanya sendiri"
(Ar-R'ad.ayat 11)

Berusaha untuk berubah ami. ingat mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.=D

This song always give me inspiration.


~jangan jangan berputus asa cari rahmat yang maha esa, jangan jangan kita lupa ujian lumrahnya dunia~

p/s:baru lepas melawat tagged setelah hampir setahun lamanya ami tak menjenguk beliaun lantas teringat dan tersedar akan segala kesilapan dan kealpaan yang ami lakukan di masa silam.huhu.(T_T).semoga Allah mengampuni dosa kita semu.~aminn.





2 comments: