Thursday 26 December 2013

apa apa yang rasa nak dicerita

assalamualaikum. kali ni tulisan ami tak rasa nak berfokus sangat. sebab baaaanyak sangat mende yang rasa nak dicerita. kenapa cerita kat sini. sebab sini tempat ami cerita apa2 tanpa perlu rasa bimbang ada yang akan terasa. ehh. mungkin kadang ada yang terasa.tapi kalau ada cepat2 lah bagitahu jadi ami boleh do something untuk perbaiki keadaan.atau kalau rasa memang perlu anda terasa.sila lah terasa. tak perlu bayar pun.nak bayar pun silakan.hehe.hopefully terasa yang positif. jangan terasa sakit hati ye.kalau terasa sakit hati kabo cepat2. ami nak mintak maaf. sebab ami memang tak berniat nak sakitkan hati sape2.nak sedarkan tu mungkin juga. tapi most of the story dalam blog ni pasal hidup ami yang kadang2 terlibatkan orang lain. ehh memang hidup ami akan sentiasa melibatkan orang lain ye dakk??? wahh panjang intro..

ami rasa kosong kosong kosong. cuti ni kurang bermanfaat buat ami dari segi amalan, pengisian dll lagi.tapi dari segi kemahiran memasak, hubungan kekeluargaan agak bermanfaat sebenarnya. heee. pengisian yang ami rasa betul2 terisi cuti ni Kem Fasilitator Unggul tu je lah. (sape yang tau tau lah. sape yang tak tu tak la).
harapkan cuti ni ami akan end up with different life. which mean ami dah dapat title legal driver. tapi hampa.ohhhhhhoohuuhuohouhoouh (ni bunyi sebab sedih sangat) Allah tahu apa yang Dia rancang. ami? pun tahu apa yang ami rancang.tapi Dia LAAAAAAAAAAAgu tahu. Maha tahu. bersyukur. isk isk isk :(

result exam ? not bad. compare dengan sebelum2 ni.aku bukan orang bijak. keputusan yang aku dapat memadai dengan usaha dan level aku.huhuuuuu ( ni bunyi okey sebab sedih siket je hehe) tapi again. Allah maha tahu.apa yang dia aturkan. again lagi bersyukur. isk isk isk.

kesihatan ? wahhh.semakin sihat which mean semakin gemuk. mission incomplete. tak sempat capai target pun.balik maktab kene pulun habis2 ni.ni nak cakap Allah yang aturkan.haa.memang lah.tapi yang ni ami tahu kurang usaha dari ami sendiri.nak jadi daie badan kena sihat..nak jadi isteri dan ibu pun kena sihat.ehh tetibaa..haha. takdelah.hari tu ada akak fasi tanya " penting ke muslimat kena ada badan yang sihat " debor kot kena point mase tu.dah merapu meraban ami jawab.even ami tau ada isi2 penting.tapi ami tak ingat pun apa yang ami cakap.ami ingat jawapan orang lain je.jawapannya.yesss penting. nak bergerak kerja.lagi seronok kalau badan sihat..jadi kawan-kawan jom ramai2 sihatkan badan...!!! kurus bukan untuk ami nampak hensem.tapi untuk ami nampak confident nak cerminkan Islam.jadi bersyukur.isk isk isk.

kereta? xyah berangan lesen pun tak dpt lagi.. haha..tahniah kepada kawan2 yang dah dapat kereta.smoga kereta2 anda semua dimanfaatkan sepenuhnya untuk Islam. :D dan tahniah kakti sebab dapat kete baru...beribu ribu tania.. beribu ribu tahniah bn menang lagiiiii.hahh tetiba lagi. ami next.insyaAllah. semoge ada yang bermurah hati nak sponsor. hoyeahhhh...

ape lagi eaaa.. okey mggu depan dah start sekolah!!! yessssss... baju dah beli.kasut dah beli.beg skolah dah beli. stokin dah beli.tudung dah beli.eh tudung labuh sangat la beli.nak potong dulu.kapur kasut dah beli..bekas pensel dah beli. alat tulis. buku. esok beli kat koperasi sekolah. bekas air. yang lame x pecah lagi.tunggu pecah yang tu dulu. basikal dah cek angin.rantai suh abah minyakkan. pastikan jalan nak ke sekolah.takut dah lupa (yang ni over) haaa. apa lagi..
ohh.hakikatnya.. tak de ape yang baru pun.ada2 semangat baru.hoyeahhhh!!!!

okey lah. dah ngantuk.. nanti cerita lagi ye uols..

Tuesday 10 December 2013

ami dan facebook..ehh facebook dan ami laa. eh.. eh.. eh..

ehhh.xyah nak ehh sgt la kau ami.hehe.. it's december again... sedar x sedar dah almost 4 years ami berkecimpung dalam dunia facebooking ni. kenapa ami still guna facebook.padahal org lain da pakai twitter bagai.. sebab. ami x reti la nak bertweet2 ni.heee.lagipun tru fb ni kan. ami banyak sangat nampak perubahan dalam diri ami.
tak tau lah macam mana tengah duduk beronline ritu ami rasa nak carik satu post between ami dan sorang kawan ami ni..which is ami rasa very meaningful.. saja nak baca balik.. post tu pasal apa dan main point dye pun ami masih ingat.cuma nak baca susunan ayat nya.. nak print screen simpan molek2..bila dah tiba masa yang sesuai nak tunjuk balik..hehe..tapi sayang x jumpa punn..masih dalam usaha mencari ni..tapi pause2 jugak la..ni pun tengah tunggu runningman habis buffer.tapi rase macam x sempat sebab dah ngantuk.kena bangun awal..tolong mak pas subuh..baru nampak kredebiliti utk kahwin.ehh x x x... baru mak senang bagi p program.hehe.eh lari tajuk lagi..
facebook.. sebab nak cari post2 tu la.ami kena tengok balik post2 yang lama2 tu kan.. alang2 tertengok..tengok je la sume...yeahh..memang menggamit memori la..ada yang best..ada yang sedih..ada yang kelakar.tapi tak tipu ada je ami gelak sorang baca comment2 yang sampai beratus2.. biasa lah budak baru nak up time tu.. tapi ami rasa x banyak beza ami yang dulu dengan ami yang sekarang.. masih lagi boleh mengarut macam dulu.. cumanya. mungkin sekarang ami lebih matang dalam menilai mana baik dan mana buruk.ecehhhhh.hehe. yeah serius..bila ami baca apa yang ami ngarutkan.. ami tau... tu lah diri ami..kadang ami penah je rasa 'just be yourself'' tapi bila fikir balik.. bila 'yourself' yang sebenar tu tak berapa nak baik perluke ami nak just be yourself tanpa buat apa2 nak baiki 'yourself' tu kan.
sebab tu ami sekarang dalam usaha nak perbaiki something yang ami rasa kena baiki.baiki apa.nanti rasa nak cerita ami cerita lah. =D
dan boleh ke ami nak berterima kasih kat fb.hmm boleh kot.. walaupun orang cakap fb ni bukan alam yang nyata(sebab dia alam maya je) tapi bagi ami..fb tempat ami kenal dengan hidup.yeahh walaupun dunia sebenar ada kat luar sana..tapi aci tak kalau ami cakap.. sebahagian yang ami lalui kat luar sana..banyak yang bermula dengan fb. ada yang baik.ada yang buruk. ada yang suam-suam kuku..
dan kat fb jugak.sometime ami jumpa penyelesaian kepada masalah ami..yeahh..ami tau tu dari Allah.tapi ap yang ami cuba highlight kn kat sini.Allah tunjuk melalui fb...
apa apa pun.. ami tak pernah menyesal ada akaun fb.... sebab baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat perkara yang ami belajar dari fb. dan percayalah. kepada anda2 di luar sana.  kalau anda pengguna tegar fb.. ada masa selaklah balik lipatan2 sejarah fb awak..bukan nak melihat menda yang tak baik kita pernah buat.tapi sekadar untuk muhasabah diri. dan jika anda rasa ada perubahan yang positif dalam fb anda dari dulu hingga sekarang.yakin lah anda berada di landasan yang betul.. teruskan langkah..jangan mundur walau setapak (macam lirik lagu :P).. kesilapan silam bukan untuk diratapi.tapi untuk diperbaiki..
dan adil rasanya kalau ami kata. facebook medan ami bermuhasabah...tak banyak.. tapi ada...
sekian.
assalamualaikum (warghh ngantuk )

nota ibu jari kaki : ..................................................


Tuesday 3 December 2013

KAHWIN NIKAH + WALIMAH

Muahaha,tajuk macam best je. sebab label yang ritu akad nikah tapi post xde kena mengena pun kan.haaa yang ni baru ada kena mengena sket.

kenapa rasa nak cerita pasal topik ni sebab baru balik pergi walimah ustaz hakim.siapa ustaz hakim?? ya anda lebih mengenalinya.muahahaha. :P
tengok gambar dulu.
satu je la tapinya.huhu ni pun camera ustaz.ustaz upload kat whatsapp.orang pkai henfon besar2 xnak amik gambar banyak2..

biar lah tudung nampak selekeh.saye keje kat dapur.harap maklum 
okeyh yang tengah kale hijau tu ustaz..actually (wah salu eja ekceli je) gambar ni nampak pelik senanye.bakpela ami gi duduk sebelah pengantin tu kan. =='. hmmm okey back to the story. walimah ustaz ni nak kata simple tu xde lah simple sangat.boleh tahan la. ada p.a system, catering yang ami rasa agak bagus..makanan sampingan yang not bad ( x sempat makan rojak asma.isk isk :'( ) khemah besauuu punye. and doorgift yang okey la.ami dapat mug lagi dua dalam beg ami x tau menda. ada kompang sume tu lah.tapi xde pelamin..tapi as for ustaz..yang dah berkerjaya pakai kete hillux dan  ada family tengok gaya cam orang berada jugak (tokey BADAN tuuu) majlis ustaz ni simple je. bak kate mak dye ustaz senanye nak lagi simple.bunga bunga sume tuh ustaz x nak punn.wah terbaik la ustaz... (y)

okey.antara sebab lain ami nak tulis pasal ni..sebab di hantui dengan iklan2 walimah cik ta dengan zain sampai 13 juta..opss..macam tak kena je panggil walimah.. majlis perkahwinan.wohooo 13 juta tu. boleh beli banglo beberapa bijik. haaaa. xdapat bayangkan what will happen on their wedding day. bukan apa. tengok gaya before kahwin la.. pastu majlis dorang confirm2 ramai jemput artis kan. dan artis malaysia sekarang orang dah tertukar ngan artis2 barat tu.pakaiann dorang mak datukkkkk. mak datuk pun boleh pengsan tengok tau.. dah le membazir+maksiat yang mungkin berlaku.wahhh..banyak sangat mende x baik pasal majlis dorang yang ami dok pikir ni.susah nak berhusnuzon dalam situasi macam ni,walaupun apa yang ami pikir lansung tak ter effect kat dorang kan. 

sebab asyik dimomokkan dengan berita+cerita+newsfeed pasal nikah kahwin walimah maka fikiran2 yang gatal.ehh mana ada gatal bila fikir pasal kahwin tu maksudnye kita sedang berfikir secara matangg.muahaha. tapi betol ape...budak kecik mana ada fikir pasal kahwin.budak2 couple pun tak fikir pasal kahwin.haaa yang tu betul gatal.

siap buat list apa yang xperlu dan x penting pun untuk walimah.wahh,tapi tu baru fikir je.belum didokumentasikan lagi. n belum buat paperwork pun lagi. tapi rasa macam kena start buat paperwork je. so boleh nampak berapa duit nak kena simpan.. berapa lama masa yang tinggal sebelum hari kejadian dan lain2 lagi. segannye.tulis sendiri pun rasa segan.ape laaa. hihi..calon tu..ami dah ada target..sedang menyediakan diri untuk peringkat yang lagi tinggi...walaupun bak kata hilal asyraf kalau tunggu bersedia..sampai bila2 pun kita tak tau yang kita dah bersedia ke belum.tapi bila Allah dah takdirkan saat tu kita bertemu jodoh kita (ecehhh ) mesti diri yang tak sedia tu automatically akan jadi bersedia..
tapi ami tak letakkan harapan yang tinggi gilaaaaa yang ami akan dapat apa yang ami targetkan..usaha + doa. selebihnya serah kat Allah..tapi kadang ami terfikir.tak pe ke.ami target nak kahwin dengan siapa. sebab ada certain orang.contoh paling dekat sahabat2 dalam j.dia serahkan segala-galanya kat Allah.then tadaaa.Allah bagi orang yang dia tak kenal pun kan jadi zauj dia. tapi setiap orang ada jalan cerita sendiri yang Allah dah aturkan. ami dah terlanjur suka before ami kenal Islam dengan laaaagi dalam.why not ami murnikan lagi rasa suka atau ehh segan nak cakap.yang ami dah ter Rasa sebelum ni dengan letakkan cinta Allah dalam rasa tu. ami tau susah sebab ami yang rasa..tapi it is a MUST.. dan sekarang ami rasa alhamdulillah ami semakin kuat untuk jaga semua tu.dan memang kadang2 tergelincir.tapi tak sempat nak nak tergelincir jauh. tarbiyah banyak mengajar ami.dan no doubt taklifan ami yang ami dapat pun banyak mengajar dan membataskan segala apa yang ami lakukan... eh macam dah lari tajuk. okey kesimpulan perenggan ni. yes i do have my own target. tapi semua Allah tentukan.. harapan letak sedang2 je.agak2 kalau jatuh tak sakit n senang nak bangun balik okey dah tu. (^_^)..
fikir program PERMATA pun tak semangat macam ni.ami ami. apa nak jadi dengan kau ni. tapi tu lah. bukan ami saja nak fikir.menda tu terlintas.da terlintas ami grab la.kembangkan lagi.haaaa..
program PERMATA pun fikir jugak.tapi amik masa berhari2 la.sbb program untuk semua.ramai orang. kahwin untk ami sorang je.eh.tak tak.ami dengan bakal zauj..ehh.family ami sekali..family di sana jugak.hmm ramai jugak yg nak difikirkan.no wonder la ami semangat sangat :P hehe.

nak kahwin bila???

"When Allah knows you’re ready for the responsibility of commitment, He’ll reveal the right person under the right circumstances. Just grow and be ready "

Ami ada terget. tapi again as i said earlier. apa yang ami target tak semestinya itu yang ami dapat kan. so for now..
focus apa yang perlu difocuskan which is. WeLI. and nikah sebahagian dari perasa tambahan yang perlu ami masukkan dalam elemen WeLI ni. tapi main ingredient still cinta Allah dan rasul. so untuk itu.
semoga Allah permudahkan segala urusan ami dan semua dalam melengkapi fardu muslim ni... perjalanan ami sangat dan masih terlalu jauh.pilihan di tangan ami macam mana nak mencorakkan nya.. life is a choice but with Allah's will. work hard and pray hard. Allah sebaik-baik penentu.insyaAllah.
(^_^) assalamualaikum.

nota tapak kaki : sebenarnya nak cerita pasal skill memasak ami.tapi tu lah.. kisah ni mengatasi skill memasak. tak de sape2 nak sponsor ami kahwin ke.xyah 13 juta 100k pun dah more than enough.hehe


Thursday 28 November 2013

failure

gagal..
tak seronok kan terima kegagalan. lagi lagi bila bukan kali pertama awok gagal. hmm. for ami. entah la.nak cakap selalu hadapi kegagalan tak jugak. antara kegagalan besar lepas yang ami ingat yang pernah ami hadapi dalam hidup 

1)kima f5: ami tak sure yang ami fail ke dapat markah rendah. tapi ami conclude kan as kegagalan. sebab masa ni ami call mak pas habis kelas nangis2. sebab markah rendah gila.
2)add math : once in a life time.masa percubaan kedua tak silap. markah below 40. tapi kegagalan ni ami bersyukur. sebab ami gagal yang ni la. cikgu pay more attention kat ami.at last SPM dapat A. Alhamdulillah.
3)MUET : ni xdelah gagal sangat.tapi as TESL student.qualification band 4. ami gagal.lagi 3 markah nak dapat band 4. tapi gagal tetap gagal.amik lagi sekali pun band 3 jugak.sape tak frust. last2 x amik lansung.
4)gagal dalam bercinta..ecehhhh.tak tak. yang ni tpu :P

dan semalam.ami kena tempuh kegagalan tu lagi :( :( :(
dan ami ni jenis "kejayaan ami boleh kongsi bersama" tapi "kegagalan ami not strong enough nak kongsi dengan semua orang". sebabtu bila orang tanya result exam.walaupun takdelah setinggi orang.tapi bila ia bukan kegagalan bagi ami.ami tak kisah nak gitau kalau orang tanya. as long as ami tak gagal orang lain nak lagi tinggi takpe.sebab mungkin usaha mereka lebih.dan Allah bagi kejayaan setara dengan apa yang ami usahakan la. (xtau bagus ke tak fikiran macam ni --') and lagi satu. ami sangat tak setuju. bila ada sorang kawan ami ni cakap "markah dia tak macam apa yang dia usahakan " (dia cakap mcm ni sebab ada budak lain yang selalu main2 dalam kelas (include ami kot) dapat markah coursework lagi tinggi dari dia) siapa kita nak tentukan tinggi mana usaha sorang tu kan..sedih2 sedih.

eh back to the story. bila ami hadapi kegagalan ami tak kan bagitau semua orang. beberapa orang tertentu sahaja yang akan ami bagitau. dengan harapan. mereka akan bantu ami tempuhi kegagalan tu. bukan nak mintak banyak pun. cakap "sabar ye ami" atau "takpe boleh cuba lagi" pun tak pe dah. tak suruh pun cakap "yang penting bukan berapa kali kau gagal, tapi berapa kali kau bangkit dari kegagalan" atau "gagal itu biasa.....(sambung sendiri ayat yang bunga2 sket)....."

bila ami gagal.dan kegagalan tu buat ami menangis. orang pertama yang akan tahu. (of course jpj yang menggagalkan ami tu, atau cikgu yang tanda kertas ami tu ) mak. sebab mak je yang boleh dengar suara ami menangis  dalam tepon.muahaha. tapi semalam abah dulu tau. sebab abah yang angkat tepon. and for the first time sejak ami dewasa ni ami rasa abah berkata2 sehingga mampu menenangkan ami masa ami nangis. abah cakap "takpelah nak buat mcam mana. nanti test lagi " see.tak yah ayat bunga2 pun. tapi ami tau abah ngan mak gelakkan ami sebab fail lagi. ==' sebab lepastu mak call.gelakkan ami. haaaa.. ape la mak ni. ami tak bagitau abg2 dan kakak2 ami sebab confirm mak mesti cerita punya lah.

dan ada la beberapa orang seterusnya yang ami rasa akan bagi kata2 semangat untuk ami hadapi kegagalan tu yg ami bagi tau. antara yang ami dapat "Allah, try lagi next time. insyaAllah "-kak ain-
lagiii..tu je . hmmmm.. tak pe lah.. walaupun ami rasa kalau ami btau orang2 lain dorang akan bagi je kata2 semangat kat ami, tapi again as i said, ami tak suka kongsi kegagalan. kalau boleh ami nak simpan sorang2 je. sebb ami tak nak nampak kesian (ego la tu kan). tp ami tau. ami perlukan nasihat supaya ami terima kegagalan tu in a positive way. walaupun mende tu ami tau sebenarnya. mungkin sebab saja mengada. haah sebab mengade je tuuuu.

tapi nevermind.. untuk semua...terima kasih doakan ami.. tq for concerning.. dan jangan berhenti doakan sebab belum pass lagi. dan jangan berhenti concern sebab belum pass lagi jugak heee..
a day before yesterday baru ingat nak post happy2 sebab dah fulfill satu wishlist. tapi tak jadi plak. haish ami ami ami. tapi bersyukur. Allah knows better. thank you Allah for everything.
Assalamualaikum. =)

Friday 1 November 2013

tak tahu nak bagi tajuk apa dah

warghhhhh ( menguap sebab nak tido dah.)
dulu dia kisah..sekarang dia tak kisah dah.ehhh.. haha. tak de lah.tak de lah
tak de makna apa pun tu (^_^) tak tau nak tulis apa.
tiba-tiba terlintas dalam kepala.tulis je lah.
even blog ni bukan apa ku fikir ku tulis.tapi besenya sume menda yang ami tulis ami fikir.
tapi tak semua menda yang ami fikir ami tulis.haa faham .hehe
sebab baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat menda yang ami fikir.. dah tertulis. tapi belum terpost..
dan ada yang belum tertulis tapi dalam proses nak tulis. tapi sebab exam kannn well tertangguh la siket..
dan banyak lagi faktor lain la..
warghhh... *menguap lagi.
wohoooo.rindu mak. rindu semua kat rumah..rindu rumah dan semuanya lah.
azam cuti hujung tahun ni..dah masuk rumah lama tapi berwajah baru tu kan..
bilik makin best.ibadat pun kena makin best.. aurat kat rumah kena jaga.istiqamah + kuat untuk mulakan sesuatu yang baru dalam rumah.. yeahhhhhhh !
haa.lesen lesen..kena usaha lebih skat kasi lepas. kerja2..kumpul duit nak kawen.muahahaha.lagi lambat kahwin lagi banyak yang terkumpul ($_$) kalau tak kawen lansung boleh guna beli kete mhl2 sket..hahaha.eh x boleh. x boleh.. beli kete kumpul duit lain.. kena kahwen.. hehe
haa.ckp pasal kumpul..ada kena mengena ngan planning.
i have my own planning for my future.. and i know those people should i include in my future planning.. and for sure... ami merancang, Allah pun merancang..dan Allah jugalah sebaik baik perancang..
jdi xde mslh pun ami nak rancang. rancang sorang2 pun tak pe lah. isk isk isk 
*ku sedar siapa diriku..cuma melukut di tepian gantang
tiada yang sudi.
biar ku bawa diri ku sendiri
(nyanyi sket chewaah.hehe)
 bila ami plan hari ni.bukan makna esok kena work the plan kan.
tak bermakna benda tu bakal terjadi setahun du tahun lagi tak yah plan dari sekrang kan.
nak beli kereta pun ami dah plan.
walaupun hakikatnya ami tau..dah kerja nanti baru boleh beli.
nak gi haji pun dah kena plan sekarang. walau hakikatnya 2064 nanti baru ami diperuntukkan gi sana..
tapi kalau Allah nak bagi pergi lagi awal.itu rezeki namanya.
kalau dapat kereta sebelum kerja.itu pun rezeki namanya.
Allah nak bagi amik je la. kannn
first thing first ami kena rancang..
 dan sebab tu ami tak suka orang bagi cadangan untuk ami buat itu buat ini tanpa fikirkan apa yang ami fikir...yeah memang itu yang dia fikir.tapi bila benda tu melibatkan ami.apa yang ami fikir pun perlu diambil kira kan..hoyeahhh~ lagi lagi kalau menda yang disuruh atau dicadangkan tu ami tak suka..dan bakal memudaratkan ami dan orang sekeliling ami..haaaa~ tapi takpe lah.that's not a big deal at all..~
ami okey je...(^_^) 
 x plan pun nak tulis pasal ni sebenarnya.. tapi tertulis plak.hehe..
ini bukan post emo emo ye..sebab ami tengah tak emo pun sekarang.lansung tak.

warghhhh *menguap lagi
dah tiga kali..molek sangat la ami tidur dulu ni.
assalamualaikum.

Tuesday 22 October 2013

happy happy

assalamualaikum..
tengok post2 yang kebelakangan ni macam tak best pulak.
sume pun post macam feeling2 je..
yang ni nak buat happy happy siket la....
aku pun tak tahu sebenarnya.bak kat ilyani.. aku sedang mengumpul cebisan-cebisan sisa hidupku.
apa maknanya? wah aku pun kurang faham.hehe.
tapi betul lah.. aku macam terawang-awang dengan dunia sendiri.. benda kecil nak dibesarkan.
benda simple nak dirumitkan. benda leceh nak diseriuskan.. omaigod.. eh. ya Allah.. :D
entah dari mana datang kesedaran2 ni.mungkin di FB.. ye banyak post2 yang terkesan kat hati aku ni. kirannya fb banyak jugak benefitnya. Allah tegur ami kot situ tuuu... hee
plus..buku2 yang dibaca pun banyak bagi teguran.. yang antara aku ingat and simpan dalam kepala hotakkkkk aku. :P

'bagaimana kita melihat dunia ini,, bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan tafsiran minda kita sendiri" (Ust, Tuan Ibrahim Tuan Man)

Apa yang aku dapat.. kalau orang lain tengok masalah hati aku ni sebagai masalah besar yang perlu diatasi dan dihindari. tak semestinya aku pun kena fikir macam tu. why not aku fikir, ni semua, nikmat.. ujian itukan nikmat.. tak rasa ke kau sedang diuji wahai ami?? orang lain jangan jeles sebab tak dapat rasa nikmat yang sama cam ami rasa.hehe. haa. bila kita berfikir secara positif maka kita akan bertindak secara positif jugak. bukan dengan cara post2 kat blog dengan mende yang sedih2 membuatkan blog aku nampak sedih..oh tidakkkk!
dan semua tindakan kau ami, jangan lupa akan mampu menginfluence orang lain tau.. aku taknak kau jadi bad influence kat orang lain ami... maka berfikir, bertindak dan mempengaruhilah secara positif !!

seterusnya, ni pun aku dapat dari buku tu jugak~contoh, kita nak potong sayur.. tapi terhiris jari.. kita rasa sakit kann.. cuba bayangkan kalau kita tak rasa sakit tu..mungkin kita akan terpotong jari tanpa kita sedar.. kenapa Allah bagi rasa sakit.. sebab Allah nak suruh ubah cara yang kita sedang lakukan.. dan macam tu jugak dengan emosi.. bila emosi kita sakit.. contoh paling dekat.. bila kita rasa sedih..mesti ada something dengan cara yang kita sedang buat dan Allah nak suruh kita ubah lettewww baru emosi tak sakit lagi kannn...

tengok..
di saat waktu2 terhenti,
kosong, dimensi membutakan mata memekakkan telinga,
lalu diri menjadi hampa..

ehhh..tetiba.xde kena mengena..yang ni tiba2 rasa nak nyanyi lagu too phat sat.hehe.

dan akhir kata, maaf kepada semua yang mungkin ada terasa hati dengan kata-kata, sikap, teguran dan apa saja menda negatif yang datang dari ami sejak dua menjak ni..
dan kepada siapa2 yang ami termengumpat dalam hati.. tersangka buruk... dan terasa macam tak puas hati..even dalam hati je... asif jiddannnnn
dan walaupun dorang tak baca post ami ni.. moga angin menyampaikan salam kemaafan ku buat mereka.. cewahhhhh..(^_^)

semoga ukhuwah yang terbina ini sentiasa bertunjangkan rasa takut dan gentar pada Allah.

Hakeem <3 



Saturday 19 October 2013

"AWAK, APA HUBUNGAN KITA?"

p/s : sekadar cerita..rekaan semata-semata..cuma ada sentapan2 yang menyentapkan. 



"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. 
Hari sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau
Blok F". 


Mesej ukhti Ira tiba tiba muncul di ruangan chatting Facebook. 
Agak berderau darah jantan aku apabila insan yang  aku pendam 
perasaan kepadanya menegur aku.


"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah
jadi presiden Kelab Bidadari Syurga UKM. Tak silap saya awak pun
dapat anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena Bulan
Dakwah kan?"

Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment
yang berlambak depan mata.Sungguh bersemangat aku chatting
dengan ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam. Pantang
muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam.
Itupun aku langgar.

Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?

"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?"
tanya ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi
tidak lena. Aku mula rasa serba salah.

"Awak, awak...kenapa awak panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya?
Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan
muslimat yang lain?"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku
dengan dia. Ego apakah yangaku pertahankan ini?

Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti.
Adakah aku talam dua muka? Mempunyai 2 identiti?
Kala iman naik, alim aku mengalahkan sufi yang bertapa.
Kala nafsumelonjak, ghairah aku untuk kembali jahil.

Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. 
Sangat berdosa dengan Tuhan. 

Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita,
kecantikan, nama dan candu dunia.

Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah.
Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari
mula membogelkan niat suci tadi.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. 
Gerak kerja bersama.Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan 
hati teruja dengan keasyikan berukhawah muslimin muslimat. 
Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi 
lesen berhubung. 

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" 
Aku mula berani membuang ego. 

"................" 

Tiada jawapan. 

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut.
Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan
perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita
pun hanya sekadar saudara seislam bertunjangkan rasa takut
dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk
suka-suka"

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersukusuku agar kamu saling mengenal.
Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui,
Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)



TAKWA.


Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa,
maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?



Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. 
Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?



Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku 
mengatakan TIDAK PERLU?!Terlalu syadidkah aku untuk bertegas 
TIDAK PERLU?!


Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah.
Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat.
Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya
tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.

Wednesday 16 October 2013

this post has no title

ami perlu tamatkan sesuatu yang ami dah mulakan...baik atau tak itu ami akan tau bila ami dah tamatkan..
sakit kan hati pendam perasaan. tapi ami belum ada kekuatan nak luahkan,
bimbang semua ni hanya akan keruhkan keadaan.. a part of me said. bagitahu ami.dan insyaAllah semua mampu dipulihkan.. dan ami tak perlu nak pujuk hati sorang-sorang lagi. but the other part of me said.
tak payah ngade kau ami.nak feeling2 bagai..x ada orang hirau pun..layan la perasaan sorang-sorang  :'(..
dah taip panjang2.tunggu masa nak post je..tapi seriously. tak boleh. takut dengan akibat yang bakal mendatang.itu lah manusia. suka fikirkan benda yang belum terjadi.
tapi ami ni benda dah jadi. ami nak cari jalan penyelesaian je...then go for it.
tapi ami takut..takut jalan ami bukan jalan yang betul.takut tindakan ami lukakan hati orang lain.
tapi ami pun pernah terluka kan. luka boleh diubat. tapi rasa 'terbodo' tu camne nak ubat.
hamboiiii terbodo tuuu.okey bukan terbodo. rasa krik krik krik tuuu.. wahhhhh seriously ami tak suka!!!lagi2 bila krik krik tu between _______________.
:'(
dan sekarang satu batu besar lagi diletak atas bahu ami. batu-batu kecik yang sedia ada ni pun tercengeh-cengeh (word baru ni.macam kena je bunyinya) ami nak bawak.. ni kan pulak nak tambah sebijik lagi batu besar.
dah tu ami.. selesaikan permasalahan hati dan perasaan yang ada. so dapat kekuatan nak bawak batu besar...
ya  Allah ya Allah.. 
takpelah for the time being ami simpan dulu.tengok perkembangan macam mana..kalau ami dah x tahan pendam perasaan mungkin akan luahkan~ supaya orang yang berkenaan boleh ambil tindakan.. :'(

notes to myself.
......................................
tetiba hilang idea.
krikk krikkkk

semoga Allah tetapkan iman dan tentukan sebaik2 kesudahan untuk ami. dan mohon Allah kuatkan hati dengan semua yang Allah sudah aturkan. :')


Monday 16 September 2013

the serious part of me

aku serius ni.. serius xde main...
:'(
kenapa rasa ni selalu je ada. penat dah rasanya nk terus ada rasa macam ni
astaghfirullahalazim... hati ami ni kotor sgt ke sampai setan dengan senangnya cucuk2 macam tu.
atau ini memang lumrah kejadian ami.hmmm.. x x..xkn la macam ni.
kadang ami rasa nak lari jauh-jauh dari semua ni. sebab ami dah x nak ada rasa macam ni. tapi ami tau tu pun ami x mampu..
"aku mohon mengertilahhhhh.."(feeling2 lagu sket. :p) eh serius serius.. hmmm

bru balik program best senanye~ tp emosi trggu kejap..x rase nk cerita pasal programm.

Sunday 9 June 2013

Happy Birthday to me !

assalamualaikum ....
kali ni biar gambar yang bercerita..^^

bismillahirahmanirahim.


birthday cake dari roomate yang awesome


mr.tooty ms luffy dan mr smurfy dari ana yang daebak dan pokdeng yang feewit.

eskrem cute dari madi yang cantik

ada cheesecake senanye dalam paper bag ni dari kak mila yang comel.


kecik sket gamba segan.ehehe.
tudung yang hijau dari dia yg baik hati dan memahami tapi kadang2 mengade eh kdg2 ke..hmmm
dan
senyuman yang gembira dan kehidupan yang bermakna dari emak abah kakak2 abang2 adik2 adam hakeem sedara2 dan kawan2 yg sentiasa berada di sisi
Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana menghadirkan insan-insan ini dalam hidup ku,
Kau limpahkanlah kehidupan mereka dengan rahmat dan kasih sayang Mu.
izinkan ukhuwah dan kasih sayang yang terbina antara kami berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa dalam redha Mu

amin ya rabbal alamin. (^_^)




p/s: birthday da lama dah lepas.ehehe.:P

Thursday 30 May 2013

tu tu turu

2:14 a.m :
ami rasa jam kat blog ami  salah.gwane nk betulkn pn x tahu la..
saje rasa nak tulis2 sket... cuma terfikir beberapa perkara..
dan perkara itu..ohhh...biarkan saja la..
ehh..x boleh terfikir lagi..
kalau.............
hmmm bermain dengan "kalau" memang takkan berhenti berfikir.
tapi memang otak akan sentiasa berfikir kan... time tido otak berfikir x? haaa.
kalau x berfikir camne bleh muncul2 mimpi2.. yang gembira pelik dan sebagainya...
okey tukar...
kalau.........
bermain dengan kalau memang banyak assumption yang akan kita buat sendiri..
dan semanya itu selalu berpandukan nafsu dan keinginan sebabnya kita tak puas hati dengan apa yang kita dapat..
tapi this is not about ami x puas hati or ape2..
just wondering... is everything will be the same kalau...........
sebab nak dibandingkan ami dengan mereka2...umpama langit dengan bumi..
tak apa ami..percaya pada takdir...kita tak mampu ubah takdir..tapi kita mampu buat diri kita bersyukur dan gembira dengan apa yang Allah takdirkan kan?

mengikut atau melawan kata hati..
dan x semua yang dikatakan hati betul semuanya..
meletakkan satu rasa bukan di tempat yang sepatutnya.
bermain dengan perasaan sendiri...bila fikir saja dah buat ami rasa sakit..
belum lagi ami alaminya..
jangan biarkan air mata cengeng ami ni mengalir lagi bukan sebab DIA.
xnakkkk!...ami malu dengan diri sendiri bila sakit hati sebab benda2 cenggini..uhuhuk..

dah lah...
cuma satu yang ami mintak wahai hati yang disayangi..
berkolaborasilah dengan akal dan iman..
jangan rasa *****r* x menentu..
tiada apa yang melayakkan ami untuk merasainya~.
dan ingat...
banyak lagi mende yang memerlukan hati, akal, tenaga dan iman bekerja sekeras2 nya.

mohon bantu ami.. (T_T)

go go go ami!..
ayuh amilin!
ayuh amiliana..ehh. B-|

doakan semuanya baik2 saja untuk saya...




Tuesday 30 April 2013

DEWASA


Alhamdulillah... Allah dah bagi ami peluang hidup kat muka bumi ni lama dah 21 tahun dah...lama la tu...
dan bila makin dewasa makin banyak yang ami belajar...belajar dari masalah sendiri..masalah orang lain..orang  biasa tak suka masalah kan..tapi ami pernah buat status kat fb..be positive with ur masalah..
yaaa..ami kena positif...sebab bila Allah datangkan masalah Allah nak suruh kita mengadu kat dia.. Allah nak suruh kita reflect balik diri kita..tapi nak cakap je memang senangggg kan.. tapi nak positive tu yang susah..
bila semua dah nampak macam carcamarba ami rasa salah ami ke semua jadi macam..silap ami ke?
haah betul laa..memang salah ami..
amii bukan ketua yang bagus..ami bukan pembantu yang bagus..dan mungkin kadang2 ami bukan sahabat yang baik..
tapi x nak jadi macam tu..ami nak jadi ketua yang bagus..ami nak jadi pembantu yang membantu..dan ami nak jadi sahabat yang melengkapi sahabat ami yang lain lebih-lebih lagi dalam perjuangan yang satu ni..
Allah tolong bagi ami jalan.tolong bagi ami panduan.. bila ada orang cakap..ami biarkan mereka yang buta terus buta...mereka yang jahil terus jahil.. buat nampak macam ami ni jahatttt sangat.sedangkan ami ketua yang patutnya tolong celikkan yang buta..tolong bawak yang jahil sama2 carik jalan..tapi kadang ami rasa ami tak mampu..xmampu nak jadi tongkat apatah lagi nak tolong celikkan.. nak tlong hilangkan kejahilan sedangkan dalam hati ami ni ada lagi titik jahil yang ami sedanggggg strugggleeee gila2 nak buang..
what do u expect from me?...ami pimpin tangan sorang2...ami jumpa sorang2 ajak berubah..kalau itu yang mereka harapkan..seriously ami tak mampuuuu!!!...
ada dalam PERMATA ni pun sampai sekarang ami dok pk lagi..layakke ami nak bawak nama Islam.sedangkan dalam hati ami titik hitam belum sepenuhnya hilang..kalau ikut jawapan ami memang ami akan kata tak..
tapi kalau orang yang dalam hatinya bersih xde titik hitam pun xnak masuk PERMATA..habis siapa yang tinggal nak pertahankan PERMATA..nak pastikan program Islam dalam maktab ni jalan.
dan sebab itu ami rasa tanggungjawab tu ada kat ami untuk bagi sumbangan..tak banyak asalkan ada..ami x kesah..ami hormat pendirian mereka yang taknak terikat dengan komitmen PERMATA. dorang ada sebab dorang sendiri.dan ami ada sebab ami sendiri untuk terus berada dalam PERMATA.
tapi tolong faham..ami cuba yang terbaik2 untuk ajak orang buat kebaikan..tapi kalau ami tak mampu..kalau nampak ami macam tak usaha ajak orang lain.... tolong lah..tlong jangan "kondem'(ntah cmne nak eja)
ami..menda tu sangat melemahkan ami... even kalau kawan2 ami adik2 usrah ami, ami ajak g surau ke.g program permata ke..dorang xnak...ami akan ada satu fasa downnnnn yang sangat downnnn..tapi xpa ami pergi jugak sebab ami pergi sebab Allah.bukan sebab sape2..
dan ami sedihsangat bila orang cakap ami tak buat apa2 bila kawan yang rapat ngan ami ada masalah..bila kawan yang rapat ngan ami mula jauh dari Allah..sebab ami nak baik sorang2.sedangkan ami pun tak tahu yang kawan ami sedang dalam masalah..dan orang tak tahu apa yang ami rasa bila ami tahu kawan ami ada masalah...orang tak tahu macam mana ami rasa time tu jugak ami rasa nak tolong dia face the problem.tapi kadang ami tak mampu..sebab ami ni ami...
tapi tak pernah terlintas kat fikiran ami nak baik sorang2... boleh ke kalau orang lain x buat assumption sendiri..boleh ke kalau orang lain x cakap menda yang boleh mengdownkan ami..
mungkin sebab ami pernah buat kat orang laen sbelum ni....
kadang ami terfikir..jadi jahat salah..jadi baik salah...ntah nak buat camne pun tatau..engat senang ke nak jadi cuba jadi baik..pakai tudung besar2...orang panggil ustazah..orang cakap tudung payung terjun..orang dok perli2...ckp mcm makcik laa...egt ami x rase ape2 ke...ami pun ada perasaan...tapi takpe..ami tak kesah sebab memang masyarakat kita macam tu..dan tu memang pilihan ami..dan lagi ami x kesah sebab ada lagi orang2 sekeliling.yang sayang ami bagi sokongan..dan yang paling penting Allah pandang usaha ami..Allah tak perli ami..dan insyaAllah.Allah sayang ami...
nak puaskan hati semua orang kat dunia ni memang susah...mungkin Allah hadirkan insan2 yang selalu tak puas hati ni untuk tegur salah ami..untuk uji sejauh mana ami sabar...dan sejauh mana ami betul2 nak berubah..
semoga Allah tetapkan hati sahabat2 ami, mereka2 yang ami sayang untuk terus berada dalam jalan Allah..
dan semoga Allah kuatkan hati ami... jangan cengengggg sangat ami!!!...
huhu...

insyaAllah~..

Thursday 11 April 2013

haaa..macam tu lah

assalamualaikum. (^^)..
senyum~...xperlu kata apa apa..tulis je dalam ni..hehe
dalam kesibukan ke tekanan..ke stressan dan segala macam ke lagi..macam2 feeling boleh ada timbul. dan dalam banyak banyak tu berape kerat je feeling yang best kan.~
ami faham orang laen pun ada kerja.bukan nak cakap ami best sgt..ada kerja lebih dari yang laen.
tapi itu lah kebenaran.ami yang pilih untuk berada dalam jalan ni.jadi kerja ami mungkin
lebih dari orang laen..mungkin penat dari orang lain.dan mungkin stress dari orang lain.
ya Allah jadikan segala apa yang ami terlebih ni saksi usaha ami dalam menolong agama Mu.
ami tak nak.bila Islam berada di puncak suatu hari nanti tapi ami tiada sumbangan dalam kemenangan Islam. Ye memang doa itu pun pertolongan.tapi itu bantuan dari orang
yang tak mampu dan xda kudrat untuk menyumbang secara fizikal dan secara lansung.
sedang kan sheikh ahmad yassin yang lumpuh tu pun mampu berjuang dengan segala
sisa-sisa kudrat yang ada.tapi ami yang mampu.Allah~.jangan berkira sangat nak gunakan kudrat pinjaman Allah ni untuk kerja-kerja Islam..
ami jangan mengeluh dengan kepenatan yang sikit ni..(^^).
okey da habis nasihat~heee.

kepada kawan yg sorang tu ada kate ami menyibuk..ish ish ish... (0.o) mane ada menyibuk..da
tulis dalam blog maksudnya nak suh orang menyibuk la tu.hehe...haah betul la terasa.. tapi
bukan terasa hati yang sakit hati tu.tapi terasa "wah x seronok nya rasa camtu" sebab ami pun
penah rasa..rasa kecewa dengan hidup.dengan benda2 tak baik yang ami pernah buat...
rasa rendahhhhhhhh diri sangat sebab ami  x macam orang tu.orang ni..dan macam2 lagi..
jadinya bila ada kawan-kawan ami yang rasa macam tu..perkara itu memang menyentapkan
ami..dan lagi bila orang tu..selama ni yang salu bagi nasihat..selalu buat ami sedar apa salah
ami.rasa macam waktu tu ami brtanggungjawab bagi dia sedar balikk. (^^).
lagipun nanti kalau dia x sedar nanti jadi garang takot la ami nak mintak tolong. nak bertanye khabar. nak nganjing2 dan lain2 yang kalau ami buat kat orang lain ami kene marah kottt. hee :P

last but not least..kepada kwan yg ami da termenyibuk tuu..=P dan kepada sape2 yang sudi baca..
satu je ami nak pesan..kalau lah kt dunia ni xde sorang pun yang suka kita..jgn sedih sebab
kita masih ada diri kita sebab kita yg bertanggugjawab nk sayang diri kita ni..dan kalau kita tahu
tang mana yang orang benci kat kita..itu lah kite kena ubah untuk buat orang lain x benci kita..
tapi kalau diri sendiri dah benci diri sendiri..wah itu masalah besar...hehe..
tapi ami tahu...dia.dan meraka x macam tu.tekanan kerja mungkin...huhu..
jadi marilah kita sama2 rakan2 sekalian tanamkan dalam diri kita bahawa..
"setiap dari kita tiada yang sempurna..kalau ada kelebihan pasti ada kelemahan.tinggal
kat kita je..nak tunjuk kelebihan atau kelemahan kita tu''
so jom jerit ramai2..
I'M PROUD TO BE ME!!!!...
(even ami penah terfikir kan best jadi laki.tapi tu dlu.skarang x da.hehe. =P)




Friday 29 March 2013

oh no that feeling again!!

assalamualaikum..
dear ami~ why should u feel that kind of feeling again..
 i've tried so hard not to feel that feeling..but i just can't..
everytime i tried..my mind keeps telling me..
why like this? why like that? why only me not others?.
sometimes i can create my own answers for my own questions but at the
same time the other side of me keep 'hasut' me to deny all the positive answers.
ohhh hoho.. and now i think that side of me 'berjaya' with her mission..
yeahhhh i can feel ittttt.... :(
the solution is, either it comes from me or that person..who are responsible
for making me feels this feeling..
but i know.... everything is up to me..
how i handle my own feeling and 'husnu zon' with every people around me..

ya Allah please give me Your guidance..

(T_T)

sekarang iman sedang berada di paras amaran..sebelum berada di paras bahaya
come on ami!!.. wake up wake up !!

gambar hiasan tiada kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia. 

Friday 15 February 2013

MUSAFIR CINTA

Eceh ami, tajuk x leh blah.haha..
Assalamualaikum w.b.t..segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke
junjungan besar Muhammad S.A.W..
seperti biasa sebelum ami bawa anda semua melangkah lebih jauh let's see meaning behind the title.
musafir, berasal dari perkataan...hmm.nak define camtu ke.. xyah la.hee.musafir, berdasarkan pemahaman ami insan yang sangat limited akalnye..musafir bermaksud, suatu perjalanan menuju ke suatu destinasi..
dan cinta pula, ami rasa semua orang pun tahu, tapi takpe sebab cerita cerita ami maka ami pun akan cerita la.cinta adalah suatu perasaan, kasih, sayang, suka dll..perasaan yang pada asalnya fitrah insan yang Allah jadikan tapi sekarang disalah gunakan sehingga ia mampu menjadi fitnah.(baca dengan mood yang seriussss).

kenapa rasa nak cerita pasal musafir.sebab beberapa hari yang lepas ami, kak anis dan hasifuddin bermusafir dari jb ke selangor,selangor ke jb, jb ke terengganu, terengganu ke kelantan, kelantan ke terengganu balik, kak anis ngan hasifuddin dah stop kat situ tapi ami sambung ke kuantan pulak.. seronok rupanya bermusafir, pergi banyak tempat, kenal ramai orang.dan waktu itu sedar yang betapa luas nya bumi Allah, betapa luasnya rahmat dan kasih Allah, pergi mana-mana pun semua orang layan baik baik..teringat lagu..
"berjalan bermusafirlah, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur.."

after that musafir la ami rasa nak tulis pasal musafir..tapi kenapa musafir cinta..you tell me tell me why? you show me show me why?

suke hati ami la nak nak tulis musafir ape.kihkih.:P..
sebenarnya perihal cinta..
cinta yang paling utama cinta Allah, seterusnya cinta Rasulullah, cinta ketiga cinta ummi wa abi, cinta keluarga, cinta saudara, cinta sahabat dll..banyak rupanya cabang cinta ni sebenarnya..

dan untuk mencapai cinta cinta tersebut suatu permusafiran yang jauh yang harus ami tempuhi, especially cinta Allah, banyak pengorbanan yang akan berlaku.
even nak bermusafir kat dunia pun ada pengorbanan, contohnya, pengorbanan wang ringgit, masa cuti bersama keluarga dll. apatah lagi bermufasir untuk mencapai cinta Allah.
macam tu juga musafir cinta Rasulullah..susahkan nak cintakan someone yang kita tak pernah jumpa,,tapi walaupun kita x pernah jumpa Rasulullah tapi baginda tetap hidup dalam jiwa-jiwa orang mukmin..Habib Zainal pernah cakap..kalau kita tidur masa kita lapar kemungkinan besar kita akan mimpikan makanan, macam tu jugak kalau kita tidur dalam keadaan saangat rindu dan cintakan Rasulullah, insyaAllah baginda akan hadir dalam mimpi hilangkan rindu kita padanya. :')

musafir cinta ummi wa abi.Alhamdulillah ami rasa cinta yang ini ami dapat rasakannya sekarang, apa yang perlu, mantap dan kukuhkan lagi je rasa cinta ini.sebab

macam mana nak capai maradhatillah kalau redha dan cinta ummi wa abi belum kita capai kan..muhasabah diri balik amiii..><

next...malas pulak nak eobrate se se..baik ami elobrate essay LGA..hihi..
xpe lah..slow2..cinta sedare..cinta sahabat ni kadang2 dia lahir tanpa sedar..cara kita dalam berukhuwah tu yang jadi penanda aras sedalam mana cinta kita pada mereka..

tapi.cinta fitrah yang selalu menjadi fitnah adalah cinta pada insan lain yang..yang..hmm..camne ye nak cerita..okey..in a simple words.cinta muslimin pada muslimat yang tidak dilandasi syariat2 nya..

analogi nye macam ni..bayangkan sebuah gunung...

nak memudahkan imagination uols.
awak nak naik gunung sebab nak petik bunga..mula dari kaki gunung sampai ke puncak ada bunga-bunga yang sangat cantik..nak naik gunung bukan perkara yang senang.sapa cakap senang meh nak sepak dia laju2..ehehe..tak tak..gurau2..:p..dan untuk pengetahuan semua..bunga-bunga yang ada kat gunung tu semua ada racun...macam mana nak hilangkan racun tu?..awak kena petik bunga yang atas sekali yang kat puncak tu dulu.then baru boleh petik bunga-bunga lain tanpa risau racun2 mereka.sebab bunga atas tu kira nya macam bila awak petik dia..racun kat bunga lain tu hilang..

kisahnya...sebuah gunung tu adalah musafir kita..dan bunga-bunga itu adalah cinta..dan bunga yang kat puncak tu adalah cinta Allah.dapat kaitan tak..kiranya kat sini..cinta cinta sebenarnya ada banyak sangat kat keliling kita..cumanya first thing first yang perlu kita capai adalah cinta Allah untuk memaknakan lagi cinta cinta lain yang ada.supaya nanti cinta-cinta tersebut tak merosakkan kita sebaliknya menguatkan kita, mewarnai hidup kita dan yang paling penting cinta-cinta ini akan menjadi saksi bahawa kita berkasih sayang sesama  insan kat atas dunia ini kerana Allah..
<3

ya Allah, permudahkan langkah kami dalam musafir cinta ini agar kami tidak memilih simpang atau jalan yang salah. bimbing langkah kami ya Allah.

Allhumma Aminn..:D

saye tersentap denga gambar ni..(T_T)


Sunday 20 January 2013

hai belog

ami : hai belog.

belog : eh hai ami, lame x nmpak..buzy ke yang?

ami : buzy..hmm buzy la jugak...tapi masih mampu tidur dengan lena.makan dengan kyg..xde buzy sgt la tu.

belog : bagus la..live ur life happily. jgn jadikan alasan buzy utk bebankn kepala dengan masalah.

ami :hmm baiklah cik belog.

belog : ehh dah kenapa kau ni ami, muka cam ada masalah, jawab pun hmm hmm je.

ami : masalah ? hmmm...ade memang ada..tapi.

belog : haaa! kalau ade cite lah...masalah jgn pendam sorang.

ami : sape kate saye pendam sorang2.. Allah ade..Allah tahu saye ade masalah..Allah tahu bila saya sedih.. Allah yang hadirkan rase sedih tu. dan Allah yang izinkan air mata tu.
belog : krikk krikk...ye cik belog tau.(T_T)...isk isk..


ami : ehh cik belog saye xde niat nak menyentapkan awak tau.hehe...xde lah..cuma kadang saya rase..layakke apa yang saya fikir tu, apa yang saya sedihkan tu dinamakan masalah. teringat kata-kata saudara pengerusi PERMATA mase meeting.."kalau kita sibuk kan diri dengan kerja Islam, kita xkan ada masa nak fikir pasal perempuan" as for him perempuan laa..apa yang cuba disampaikan bila dah sibuk dengan kerja Islam xde mase nak fikir mende2 remeh.

cik belog.: heehee tau.saje je buat tersentap.dah tu apa kaitan mende ni ngan masalah kau ami?

ami : hmmm..ami cuba untuk tak fikir pasal mende ni..cuma...banyak perkara yang buat ami wondering..kenapa macam tu? kenapa macam ni?.dan semua mende tu buat ami rase sedih jauhhh di sudut hati..buat ami rase kecik hati..buat ami rasa terkilan...buat ami berfikir.. salah siapa?..salah ami ke?..salah dia?.atau salah mereka?.heee..

cik belog : wah complicated nye..(sambil mengangguk)

ami : xde la sgt..ami yang mengcomplicatedkannye....ami hari2 cuba x nak fikir..ami tiap hari cuba cakap kat diri ami " ami just follow the flow..sume dah Allah aturkan cantik punye"..tapi i failed to do so..nak follow the flow x senang bila ada batu2 besar,kayu2 balak yang menghalang flowing tu..

cik belog : sabar ami..aku pun x tau nak bagi nasihat macam mane. aku x hidup kat dunia kau. xde kawan macam kawan2 kau.x penah rase apa yang kau rasa.

ami: ehh x pe lah cik belog. hehe.saje je luahkan perasaan..sebab kalau sorang2 rasa sedih tu lebih sket.:P..cik belog pun dah okey..sebab saye bleh control dialog cik belog.ahaha.

cik belog : nampak mengade di situ..ekot sape tatau..=='

ami: hehe..mane ade~hmmmm..xpe lah cik belog..got to go...ade meeting pasni..haa..tgok2..buzy kan saye.?.hee

cik belog : ehh cepat mood berubah..tade feeling2 sedih.

ami : mood je.jauh di sudut hati ada rase tu..sebab tu la kadang2 tengah bukak fb pun..tba2 rase ohhh..sedih sedih..sedih..hehe.tapi tula..cuba ceria di hadapan mereka..(^^)..xkan sebab masalah saye sorang nak spoil mood orang lain.ye dokkk?

cik belog : itulah owner saye..(^^)b...hehe...

ami : dan inilah blog saye.hehe..<3..okey cik belog...assalamualaikum..

cik belog : waalaikummusalam..

ini gambar hiasan.this budak kecik egtkn saye pade hakeem dan adam.<3