Thursday 26 December 2013

apa apa yang rasa nak dicerita

assalamualaikum. kali ni tulisan ami tak rasa nak berfokus sangat. sebab baaaanyak sangat mende yang rasa nak dicerita. kenapa cerita kat sini. sebab sini tempat ami cerita apa2 tanpa perlu rasa bimbang ada yang akan terasa. ehh. mungkin kadang ada yang terasa.tapi kalau ada cepat2 lah bagitahu jadi ami boleh do something untuk perbaiki keadaan.atau kalau rasa memang perlu anda terasa.sila lah terasa. tak perlu bayar pun.nak bayar pun silakan.hehe.hopefully terasa yang positif. jangan terasa sakit hati ye.kalau terasa sakit hati kabo cepat2. ami nak mintak maaf. sebab ami memang tak berniat nak sakitkan hati sape2.nak sedarkan tu mungkin juga. tapi most of the story dalam blog ni pasal hidup ami yang kadang2 terlibatkan orang lain. ehh memang hidup ami akan sentiasa melibatkan orang lain ye dakk??? wahh panjang intro..

ami rasa kosong kosong kosong. cuti ni kurang bermanfaat buat ami dari segi amalan, pengisian dll lagi.tapi dari segi kemahiran memasak, hubungan kekeluargaan agak bermanfaat sebenarnya. heee. pengisian yang ami rasa betul2 terisi cuti ni Kem Fasilitator Unggul tu je lah. (sape yang tau tau lah. sape yang tak tu tak la).
harapkan cuti ni ami akan end up with different life. which mean ami dah dapat title legal driver. tapi hampa.ohhhhhhoohuuhuohouhoouh (ni bunyi sebab sedih sangat) Allah tahu apa yang Dia rancang. ami? pun tahu apa yang ami rancang.tapi Dia LAAAAAAAAAAAgu tahu. Maha tahu. bersyukur. isk isk isk :(

result exam ? not bad. compare dengan sebelum2 ni.aku bukan orang bijak. keputusan yang aku dapat memadai dengan usaha dan level aku.huhuuuuu ( ni bunyi okey sebab sedih siket je hehe) tapi again. Allah maha tahu.apa yang dia aturkan. again lagi bersyukur. isk isk isk.

kesihatan ? wahhh.semakin sihat which mean semakin gemuk. mission incomplete. tak sempat capai target pun.balik maktab kene pulun habis2 ni.ni nak cakap Allah yang aturkan.haa.memang lah.tapi yang ni ami tahu kurang usaha dari ami sendiri.nak jadi daie badan kena sihat..nak jadi isteri dan ibu pun kena sihat.ehh tetibaa..haha. takdelah.hari tu ada akak fasi tanya " penting ke muslimat kena ada badan yang sihat " debor kot kena point mase tu.dah merapu meraban ami jawab.even ami tau ada isi2 penting.tapi ami tak ingat pun apa yang ami cakap.ami ingat jawapan orang lain je.jawapannya.yesss penting. nak bergerak kerja.lagi seronok kalau badan sihat..jadi kawan-kawan jom ramai2 sihatkan badan...!!! kurus bukan untuk ami nampak hensem.tapi untuk ami nampak confident nak cerminkan Islam.jadi bersyukur.isk isk isk.

kereta? xyah berangan lesen pun tak dpt lagi.. haha..tahniah kepada kawan2 yang dah dapat kereta.smoga kereta2 anda semua dimanfaatkan sepenuhnya untuk Islam. :D dan tahniah kakti sebab dapat kete baru...beribu ribu tania.. beribu ribu tahniah bn menang lagiiiii.hahh tetiba lagi. ami next.insyaAllah. semoge ada yang bermurah hati nak sponsor. hoyeahhhh...

ape lagi eaaa.. okey mggu depan dah start sekolah!!! yessssss... baju dah beli.kasut dah beli.beg skolah dah beli. stokin dah beli.tudung dah beli.eh tudung labuh sangat la beli.nak potong dulu.kapur kasut dah beli..bekas pensel dah beli. alat tulis. buku. esok beli kat koperasi sekolah. bekas air. yang lame x pecah lagi.tunggu pecah yang tu dulu. basikal dah cek angin.rantai suh abah minyakkan. pastikan jalan nak ke sekolah.takut dah lupa (yang ni over) haaa. apa lagi..
ohh.hakikatnya.. tak de ape yang baru pun.ada2 semangat baru.hoyeahhhh!!!!

okey lah. dah ngantuk.. nanti cerita lagi ye uols..

No comments:

Post a Comment