Friday 30 December 2011

~cuti-cuti malaysia~(malaysia la sangat padahal negeri jiran je)

bismillahirahmaniraahim.
sit properly, take a deep breath, close your eyes,...........................................................................................................

tadaa aku lupa nak cerita apa.~heeee.
ok2..
sebab x berapa nak ingat maka akan aku cerita apa yang aku ingat je lah.
cerita bermula.

Pada hari Isnin yang lepas saya telah berpeluang melawat ke sebuah negeri yang dikenali sebagai BANDARAYA PERSISIR PANTAI..fuyooo hebak hebak.hehe.
ok..ayat di atas buat saya teringat cara penulisan saya tatkala berusia 12 tahun dan ke bawah.hehe

ok..akhirnya ami dapat pergi terengganu.
hari tu balik dari kelantan ami x gi pun..depa2 je..sebab kena balik
maktab a.s.a.p.huuuhuu..(ok alasan je sebab nak gi jalan2.hehe)
ami pergi sana dipengaruhi faktor
1.nak jalan2.
2.one of my what-to-do list for this semester break.(supposed pergi dengan nik.huhu)
3.nak menziarahi sahabat saya.=D.
4.nak sahut seruan kerajaan..(tetibe je kan.hehe).ok yang ni tipu.hehe

ate~sebab abang ngan kaksu duk sane maka mike pun duk lah umah depa je.
free.xyah bayor aih.hehe

ok antara tempat-tempat yang dilawati..
HARI PERTAMA~
1)rumah pokdeng.tadaa.hehe.(jap2 carik gamba)
alaa..xde minta maaf..hehe..di sana terdapat.
buah kurma, air zam-zam buah tin, kacang ape ntah name nye.air teh dan keropok.hehe..
dan mestilah family dia kan~.hoho

2)Taman Tamadun Islam.
haa..yang ni ade gamba.tadaaa~
wah cantik gile aq amik gamba kan.ok ini pakcik google pnye ihsan.

apa ada di sini.ada masjid kristal antara tarikan utama.
lepastu ade rivercruise menyusur sungai terengganu. and ada taman yang ada replika masjid.
tapi unluckily amu tak berpeluang nak try.atas beberapa faktor.insyaAllah lain kali.

3.Pasaraya Nirwana.
maaf la saya tanya pakcik google dia kata xde gamba nirwana.hehe.
dah nama pun pasar raya.mestila ada jual barang-barang kan..macam yang bese2 awak pegi.
hairan?.apa saya buat di sana.hehe.ok saja mengada nak ikot tour guide saya beli GULA,sebab awal lagi nak balik.(awal la sangat kan.hehe)

4.Pulau Warisan.
haa.yang ni saya pergi ngan abang dan kaksu.
ihsan pakcik google lagi

haa..abang cakap baru nak bukak so xde apa sangat kat sini yang best nye tempat ni cantik+nyaman+tenang
sebab tepi pantai.
haa.kat pesisir pantai tu ada poko yang ala2 i-city.
banyaaaak..cantik.so rakyat terengganu xyah susah2 pegi shah alam.tempat awak pun dah ada i-city.=D

HARI KEDUA.
1.hah!..pegi mana..pegi SETIU.ikut abang berkelana mengambil kereta menghantar kereta dan mengambil kereta lagi.hoho faham?..
haha..hebak hebak. tpi this is better than duk umah do nothing kan.

2. Dataran Syahbandar.
xyah cakap awak sume tahu ihsan sape.hehe
ok ni gamba ala-ala romantik gitu.tapi ami gi malam.lagi la romantik.huahahaha.
kat sini ada ala-ala ekspo tau time tu.so singgah2 konon2 nak jalan2 je.
haa.bese lah saya pun perempuan biasa.hehe.
nak beli satu baju tapi guess what.
"takpe ami kaksu bayar kan."yahooooooooo!.hahaha.thanx kaksue.<3<3
haaa.lagi satu yang ami rasa nak cerita tandas dia mahal woo.lima posen..(tapi bile cite tadi abg najmie ckp "kat klcc dua ringgit")ok ami kalah..

3. Pantai Batu Burok.
lalala~
ok.pantai ni pun ami pergi malam ngan abang ngan kaksu jugak.ombak besaaaaaar gile woohoho..
best sejuk dan nyaman, malam2 kul 12 pun meriah lagi kat sini.pastu ade satu mnde ape ntah nak google gmba tapi tatau name dye pe..ala..yang macam motor tapi ada 4 tayar tu..hmmm..ami teringin nak naik tapi segan ramai orang.hehe.balik dengan hampa..haaa..ami nampak hafiz awan nano..eh silap..org-bajet-cam-hafiz-awan-nano .hahahamen gitar nyanyi kat situ.hehe

ok pastu balik. pastu tido pastu dah hari ketiga pastu dah kene balik.
eh..tak pergi rumah kakcik..nek bas dari KT trus ke Paka.
wahaha.ami ada bakat rupenye travel sorang2 ni..seius bes jugak!.hehe.
ok kisah ami kat kuala terenganu je kan.
so kisah di paka dan kisah pulang ke kuantan bukan dalam post ni.hehe.
sejujurnya tak puas rasa pergi sana sebab ada lagi tempat yang ami nak pergi tapi
tak terpergi.
takpe ada rezeki ami pergi lagi..ajak kawan2 lain x pun ajak family lain.hoho.
ok,KT i'll be back.\(^^)/.

p/s: ade gambar ami amik gune fon tapi xde card reader la nak upload gmbar.hehe.nanty gambar tu ami wat entry lain tajuk adik-adik saya.wahahaha~gurau2..tak3..=P







Friday 23 December 2011

~tersentuh..trrrr...(T_T)~

assalamualaikum..sebenarnye tak rasa nak post apa-apa pun malam ni.
tapi tadi berjalan2 di you tube..
terbukak satu video nih.
and bila tengok + dengar
tetiba rasa satu getaran yang kuat dalam dada.
macam ada satu kereta kebal yang besar
sedang merempuh..

nak share kat fb nanti orang cakap ami berjiwang.actually bukan lah jiwang~
listen to the last part of the video..
start dari mula da rasa sayu+syahdu.
bila last2 ya rabbi..i'm speechless..
(T_T)..huu..ya Allah ampuni segala dosa ami.
teruk betol ami..
ami selalu rasa insaf tpi sekejap je.
tak lama lepas tu lupa..huhu.
 ade dua version.tapi sebab ami perempuan ami lagi terkesan bila dengar yang perempuan baca la.
kalau lelaki ada lagi satu kat bawah...
:')


                                           
                                     




sekian dari ami.=)

Wednesday 21 December 2011

~HAPPY BIRTHDAY KAKCIK.~

Assalamualaikum w.b.t and hello guys.
semakin kehilangan idea nak tulis apa~heee~ =P
ingat malas nak update dah tapi rasa macam ada benda nak diceritakan.hehe.
ok~                                                                                   to the point.(garis panjang2 tu maksudnya straight.)

cikgu ros(uhuk3 =P): ok murid murid~hari ni berapa haribulan?..(bertanya ala2 sorang teacher yang berdedikasi)
murid-murid :21 Disember cikgu!!!!
cikgu ros : bagus! so tahu tak hari ni hari apa?
murid 1 : birthday cikgu!!!..
cikgu ros :no no no! birthday cikgu 25 April la...lepas ni sape x ingat birhday cikgu jangan masuk kelas ok?
murid 2 : tarikh Hang Tuah pegi meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Mahmud!!.
cikgu ros : Errr...ye ke?..entah la noks~cikgu tak tahu pulak.masa sekolah dulu xde pulak belajar..hmm mungkin betoll tapi cikgu tak tahu..tapi syg itu bukan jawapan itu yang cikgu nak..siapa lagi nak teka?
murid 3: haaa..saya tahu saya tahu!..tarikh Najib letak jawatan.(da nampak bulan atas kepala budak nih.hehe)
cikgu ros : eh..mana ada najib letak jawatan lagi..salah3.(pegi dekat2 bisik kat budak tu.).pss..tapi nanti dia letak la tuh.hehe.
murid 4 : yeah cikgu, i know.~ your anniversary right?.(kemain lagi budak ni speaking..aku pun cakap bm je )
cikgu ros :huh~what anniversary?.
murid 4 : your wedding anniversary..(dengan muka selamba yang agak2 kalau teddy bear tu dah lama aku amik lepe2 kan kasi comel siket diikuti dengan sorakan gembira sahabat-sahabatnya)
cikgu ros : haah yelah tahun lepas cikgu kahwin dengan lee dong wook tapi lupa nak ajak awak semua sorry la ye.
murid2 perempuan : alaaaaaaaaaaaaaaa~~
cikgu ros : hahahaha..mengada la korang..don't worry cikgu tak kawen lagi..nanti cikgu kawen confirm cikgu ajak..tolong basuh pinggan..
murid-murid: habistu hari ni hari apa cikgu ?!!!
cikgu ros : hari ni BIRTHDAY KAKCIK cikgu!!
murid murid :................................................................................................
cikgu ros : lalala~saje je cikgu bagitahu lalalala.

haaaa..main point dia yang di CAPSLOCK kan tu.hehe.

yg kecik2 tu kakcik yang cm model tu ami.haha
see..my kakcik lagi kecik dari saya,
apa apa pun ami nak ucapkan
HAPPY BIRTHDAY MY DEAREST SIS~
semoga selamat melahir kan baby yang comel.=D
love u sooooooooooooooooooooooo much..<3<3<3

p/s: hei baby baby! today is ur mom's birthday..don't forget to wish her.=D



Sunday 18 December 2011

MATI KAU MATI KAU!!

huh!.baca tajuk pun da tau kan...ami tengah tenes tensen gila kan..
sebab kan kau aku rasa geram..rasa annoying.
kau ingat aku takut kat kau ke..hello.!! ni ami la.
setakat kau.hei! skali jentik melayang (err..x jugak kot senanye.hihi)
kau rasa kau hebat...ada banyak geng.
kecik besar.hei. kau tahu tak semakin besar geng kau semakin aku geram dengan keadaan kau.
kalau kau tak kacau hidup aku.
ok it's fine.suka hati kau lah nak buat apa,
nak kawan ngan siapa. nak makan apa
nak pergi mana.(eh..no.no.no..pergi mana x boleh ikut suka hati kau.nanti kau datang dalam hidup aku lagi)
aku tak suka.
aku bukannya takut kau.
cume aku geli..
ok..ye..dulu masa kecik2 aku tak kisah dengan kewujudan kau
sebab.ye lah. kecik kan.
mana reti.lagipun memang aku bukan la yang
'ewwww...emak geli nye'
iye..iye..iye..aku pun main  tangkap ikan kat paya..main masak-masak guna daun2.
main pondok2 duduk atas rumput merata-rata.
TAPI aku tak main benda kotor macam kau.
masa kecik ye boleh..kau boleh lalu depan aku sesuka hati kau.
tapi sekarang 
MAN!!!
ok..ami dulu dengan ami sekarang lain..
dulu ami x geli



tapi tu dulu..sekarang
please don't bring  these 'monsters' to me..geliiiiii~..~
(ada je yang lain..tpi yg 3 ni dulu ami x geli..pelik cmne boleh jadi geli..eww..eww)
eh..apa ni..we're not talking about them
it's about KAU!..
hei..actually kalau kau nak tahu. 
sebenarnya kalau antara 'monster2' kat atas dengan kau.
aku tak ada lah kisah sgt dengan kau..
dorang lagi menggelikan.
tapi sebab dorang jarang muncul depan aku tapi kau sangat suka
bersiar-siar depan mata aku,..
maka akan ku sediakan.

err..xde lah ami sediakan semua ni kan..
satu je kat rumah yang warna hijau tu.=P.
haaa...kalau berani lalu lah depan aku lagi..
akan ku ambil senjata rahsia.
dengan penuh semangat!!!
MATI KAU!!MATI KAU!!..
sembur~sembur..
selamat tinggal wahai.
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)
(^^)

LIPAS!!..

ok tamat.=D..eh..kepada siapa-siapa yang rasa saya kejam membunuh lipas..boleh baca link http://farkhan5.blogspot.com/2011/08/hukum-membunuh-serangga-dalam-islam.html..
lagipun.lipas dikategorikan dalam jenis serangga yang kotor dan memudaratkan..sebab awak semua tahu kan..lipas ni merayap2 di mana2 sahaja..mungkin di tempat sampah.di atas bangkai haiwan..di dalam tangki kumbahan. dan di mana2 sahaja yang awak akan rasa..ewww..geli..huhu..maka..marilah kita sama-sama membanteras lipas!!...ok.eh ami tak bagi salam lagi kan..sorry..
assalamualaikum w.b.t.=D

p/s:saiz gambar kat entry2 lain besenye medium..tapi yang ni eww..ami geli nak tengok gambar ni besar2.so sume buat small je.hehe..










Thursday 15 December 2011

Alhamdulillah aku bersyukur

assalamualaikum w.b.t.

dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa tapi masih mementingkan agama
dibesarkan dan diberi pendidikan yang biasa-biasa juga tapi masih bersekolah agama

kesan negatif-masa kecik2 selalu buat-buat lupa.mesti mak kena suruh baru pergi solat.
kesan positif- alhamdulillah tak ingat darjah berapa tapi dah khatam Al-Quran.

pendidikan menengah rendah di sekolah yang biasa biasa tapi dalam kelas Aliran agama.
bersahabat dengan mereka yang biasa-biasa tapi ber'gang' dengan yang menjaga akhlak dan iman mereka.

kesan negatif-senang sangat terpengaruh.tgok orang couple saya pun rasa nak cuba. xpergi surau pun tak apa.selalu solat dalam dorm.
kesan positif-rasa segan buat perangai x molep.sebab gang saya baik2.rasa semangat nak pegang jawatan tinggi2 sebab confident level waktu ni sangat tinggi.

menengah atas di sekolah yang hmmm..luar biasa tapi saya yang menjadi biasa-biasa.
bersahabat dengan mereka yang luar biasa juga tapi saya rasa saya tak layak buat mereka.

kesan negatif-selalu rasa down.nampak diri sangat lemah dan tak layak bersaing dengan kawan..dikelilingi mereka yang baik buat saya rasa jahat.
kesan positif-sentiasa rasa nak cuba baiki diri. menambah rasa kebergantungan terhadap Allah. sebab waktu ni bila stress selalu nangis lepas solat.sebab rasa Allah sangat dekat waktu tu.(rindu perasaan ni.(T_T))

lepas spm mengahabiskan waktu secara biasa tapi dengan perasaan yang luar biasa.
berkenalan dengan mereka yang sangatlah biasa dan mulalah berkelakuan luar biasa.

kesan negatif-huuuuhuuu~banyak saaangat kesan negatif~bila rasa dah besar mulalah buat perangai pelik2..
suma benda yang tak dapat buat sebab ada title 'pelajar sekolah' terus saya cuba..isk3..ya Allah ampunkan segala dosa-dosa silamku~.(T_T).
kesan positif- sekarang saya sedar Allah sayangkan saya kerana DIA pertemukan saya dengan orang-orang macam tuh untuk uji sejauh mana iman saya yang kononnya masa upper form tu dah berubah.

dan sekarang melalui kehidupan kampus yang biasa-biasa tapi saya akan cuba menjadikannya luar biasa.
bersahabat dengan mereka yang sangat luarbiasa dan menyedarkan saya semua sahabat saya luar biasa..
tanpa mereka mugkin sampai sekarang saya masih menjadi biasa biasa dalam kalangan mereka yang biasa biasa jugak.=D..saranghaeyo kawan,


kesan negatif-sebabkan kehidupan kampus yang biasa-biasa maka perkara negatif yang dialami oleh student yang biasa juga saya  alami.tapi sebab ini baru saja bermula, belum terlambat untuk pastikan tiada yang biasa dalam hidup saya.
kesan positif- masih cuba mentarbiyah diri..masih ada usaha nak memperbaiki diri.dan sekarang saya sedar betapa bernilainya sebuah ikatan persahabatan~

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usahanya sendiri"
(Ar-R'ad.ayat 11)

Berusaha untuk berubah ami. ingat mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.=D

This song always give me inspiration.


~jangan jangan berputus asa cari rahmat yang maha esa, jangan jangan kita lupa ujian lumrahnya dunia~

p/s:baru lepas melawat tagged setelah hampir setahun lamanya ami tak menjenguk beliaun lantas teringat dan tersedar akan segala kesilapan dan kealpaan yang ami lakukan di masa silam.huhu.(T_T).semoga Allah mengampuni dosa kita semu.~aminn.





Saturday 10 December 2011

mood ami dengar lagu

~

hohoi~
just listen to this song
hayati, dalami dan fahami
huhu.
x tengok lagi cerita ni so x leh nak tulis lebih-lebih kan
tapi macam penah dengar orang cite pasal novel ni
ombak rindu
ni haa novel nye
tapi walau pun dari sekolah menengah
dengar pasal novel ni 
sampai sekarang x penah baca
(ami bukan penggemar novel cinta.<3)
ada la sekali tu terbaca siket
tu pun sebab x pergi surau
and adik2 dorm kat surau.
ternampak atas katil dyorang
'ombak rindu'
tadaaa~novel yang menjadi buah mulut 
orang ramai.kini ada depan mata aku
baca lah siket.
dari 7:30 sampai kul 8:00
pastu bersiap2 pergi prep.
sampai tu je la
pastu x de la pulak teringat2 nak habiskan pun.
heee.

tapi nye sebab da ada movie kena lah tgok
sebab movie xyah baca
hoyeah!
pejam mata pun still boleh faham cite dia.
ok...semoga ami berjaya menonton ombak rindu
x berjaya pun xpe
nanti boleh download.
hohoiiii~


Wednesday 7 December 2011

~kenapa saya ber'BLOG'~

ohhh..ini bukan ice blog mahu pun cool blog
yang sedap diminum jika ditambah pearl tapi kene tambah 50sen
hehe.

ini kisah dunia blog saya
diberi nama 'CERITA CERITA AMI'
eh lupa
awal bismillah pembuka bicara...hehe mula semula lah..\(^^)/

kisah bermula di suatu masa

tatkala ami bermuram durja 
rasa nak luahkan segala rasa 
tapi entah pada siapa
terlihat ami COMPAQ kesayangannya
lantas di buka tapi tak tahu nak buat apa
duduk diam tapi sakitnya dalam dada 
nak nangis rasa tapi malu roomate ada nanti ditanya.(hihi)


terbit idea di hati ami
best jugak kalau tulis dalam blog sendiri.
heh!berangan la kau ami!
dulu dah buat tapi apa pun x jadi.
blog di 'create' tapi dibiarkan sepi
kalau x silap yang dulu tajuk nye 'bicara hati"
wah dah macam novel.BAJET NYEWW KAU AMI!.(hehe)
tapi biarlah apa saya peduli.

buatlah blog banyak2 pun berbaldi2(boleh ke.bia la nk kasi sedap rima belakang.hehe)
xde orang pun datang kutip sewa nanti,=D

akhirnya tercipta juga 'CERITA CERITA AMI'


tengok tajuk la derr~(hehe)
semua cerita hasil nukilan ami lerr..
dari fakta dan ngarut2 pun yerr
hasil perahan limau otak ami yang x seberaperrr.
macam pelik je yang ni tapi biar lerrr~hoho

blog bukan untuk dijaja

sebab saya belum belum bersedia 
post2 ngarut x semua boleh terima
risau nanti ada yang terasa
pastu mula lah cakap-cakap belakang saya
oh!itu memang saya x suka
sebab biarlah saya dalam dunia saya
nanti dah proper baru boleh jemput semua
tapi mana yang dah tersinggah mestilah tak apa
jemputlah baca mana yang ada

rasa bagus ambil pastu semat dalam dada
mana x bagus buat x tahu pun apa salahnya
tapi kalau nak tegur,ohyeah ami mengalu-alukan nya,hehe


rasa ini je yang ami nak cerita
esok gi KL oh excited nye rasa
sehingga berjumpa di lain masa 
tapi post pasni xde dah la berbunga2.
sebab susah jugak nak samakan rima.
\(^^)/

salam sayang dari ami atau nama sebenar 

ROS AMILIANA ROSLAN.

AMEK KAU BLING2 ROSE AQ BAGI ~

Sunday 4 December 2011

~pesanan buat HATI ~

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

' Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain,pasti kehormatan dirinya terjaga' (Umar al Khattab)

Tuesday 29 November 2011

~ I CAN FEEL THE PAIN~

wah! tajuk nak feeling2 je kan.hoho..

ni sebab tengok cite SCENT OF A WOMAN (ade lee min ho  lee dong wook tu.hehe)..
mood pun asyik nak sedih je kan.huhu..

plus2..sejak akhir ni rase macam ada something wrong ngan jiwa ami yang sedang bergolakan ni.ceeeehhhhh ayattttt!!! jadi diri sendiri ami.hehe..

ok..tapi serius..tengok tu rase..ish~xleh terima..tgok ni rase..sampai nya hati wat aku mcam nih. etc~
hehe..apakah ini tanda nya aku semakin jauh dari Allah..hee..tiba2 je kn.tapi mungkin jugak.huhu..

engat orang yang cantik je ade masalah macam ni.ye la kan..orang cantik mseti ramai orang suka..so mesti dia akan selalu cakap 'ottoke ottoke ottoke' sebab dia tak tau nak pilih yang mana.hahaha
tapi rupa-rupanya orang tak bape nak cantik cam ami ni pun ada chance nak rasa feeling cam tuh..hehe..mungkin ami  tak cantik tapi..hehe..ayu mungkin~..oh tidak..satu post je boleh nak perasaan ye encik ami.hehehe..

berbalik kepada tajuk..what pain?..haaa..jap~..i;m not sure...tapi rase sakit tu macam wujud je di bahagian paling dalam...rase macam nak gali2 je semua tu..keluarkan and live my life well..xnak sebab sakit hati ni ami merosakkan mood orang lain..buat orang lain rasa bersalah..tpi ami dah terbuat pun.huhu..mianhae. :').
iisk3..kepada mereka yang terlintas di hati ami 'oh i hate them' ami minta maaf..saya tak pernah benci kan uols.(anep,2011 hehe)..tapi saya hanya manusia biasa..ada rasa marah,rasa tak suka, rasa 'bongek', rasa terkilan.ets yg negatif dan yang pasti rasa bersalah.maaf lagi sekali.. :')..dan kepada mereka yang rasa bersalah (err mungkin dia je.hehe). seriously there's no reason for u to feel guilty..it is just because of me...maaf lagi..(senanye xtau pun nape nak rase bersalah kan.hoho)

haa..kalaulah sume orang bace post minta maaf ni kan..tapi x boleh bahaye.hehe..
sampai di sini sahajalah penulisan dari saya yang x mengarut pun malam ni.hoho..

sekian dari ami yang tggal lagi dua episod nak tgok cite scent of a woman.hehe.

p/s: saya bukan dalam dilemma untuk memilih ye..
cuma tgah pk nak cakap gwane nih..hmmmm..( _ _")
(dah macam ape je kan penggaulan bahasa awk ni ami..oh ami..awak bukan la seorang student tesl yang berjaya..sila usaha lagi)..baik lah!!!

Sunday 27 November 2011

~hahaha~

ohh..bila da 'hahaha' kirenye x serius lah ye?..
hmmm..x semua lawak tu kelakar kan..
mungkin untuk mereka nampak macam gurauan..
but for me i don't think it's funny.huhu..

chill la ami.-=)..(^^) (~~,) [^^]v    (o_o)....

eh..goodluck skuad harimau kebangsaan..lawan bahrain malam ni..
aja aja fighting..!!!
majulah BOLA SEPAK untuk negara..\(^^)/

~cantik~comel~handsome~ayu~

ohohoho~..nice tajuk kan?..weeeeeheee.hahaha..

eh..ok..assalamualaikum and hello guys..(^^)/.
 ami nak cerita pasal..cantik comel handsome dan ayu

firstly, cantik itu subjektif?.betul ke..bak kate matluthfi..
tadaaaa..(^^)~~~~~~
http://www.youtube.com/watch?v=j8N4BLv0-fc

orang akan cakap ini cantik.

caption : ini yoona snsd.ye memang dia cantik..pejam mata pun cantik jugak..cube kalau kita2..ok..saya la..ami..tangkap gamba pastu mata terpejam. "alaaaa...smule2..x lawa ..mata pejam..cube xyah flash"..
ni yoona..mata pejam pun cantik jugak kan..ish3...

ok...itu kata orang..ini kata saya. cantik..~



caption : haaa..cantik kan kawan-kawan saya...for me they are thousand100x beautiful than yoona..<3<3<3..(mnta maaf peminat yoona.=P).

secondly..comel..haha..comel biasanye disandarkan kepada sesuatu yang kalau kita tengok rasa nak picit2 je dia.=,=..errr boleh ke,,haha..ok..

kata orang ini comel.






caption : both these kitten and pooh. iye saya pun akan cakap dorg ni cute..tapi kalau hari2 tgok dah xde feeling dah nak ckp yg
 dorang ni cute.hehe.=D





ok~itu kata orang~ni kata saya comel.,,(orang pun akan kata yang ni comel jugak senanye.hehe)


caption : these two little boys haaaa~aiyo..hari2 tengok pun saya tak penah rasa bosan cakap diorang comel..haa..itulah erti comel yang sebenar..(^^)v...(errr..ye..saya selalu usha budak baju hijau yg kat atas dalam fb sape ntah tatau..haha..)

uits..ade plok yang ni..errr..cute ke..oh..cute la.bintang tuh.. =P.
(dalam kete pengerusi PERMATA ni..jgn maen2.haha.)

thirdly~handsome..yang ni susah nak cite..sebab dewasa ini memang ramailah orang handsome..hahaha..tapi xpe..sebab nak same ngn dua kategori di atas.

kata orang ini handsome..(saye pun kata jugak ye.hehe.).



caption : huh..memanglah gu jun pyo handsome kan. lee dong wook apatah lagi..ok..dah xde apa nak cakap..hahaha..gu jun pyo (name sebena lee min ho.tpi bialah..gu jun pyo lagi comel.) walaupun rambut dia pelik tapi orang boleh terima.sebab dia handsome!!..cuba kalau classmate awak buat rambut camtu  rasa nak amik je rambut dia wat padam papan putih kan.hahaha..=P. lee dong wook..sentese handsome..kalau la askar kat malaysia ada yang handsome cam dia memang dah jadi sarjan ami dah saya,haha..(wat caption pasal orang handsome semangat sket...maaffff..(^^)v...)

ok itu orang kata tapi saya kata ini handsome.


caption : sebenarnya susah saya saya nak cakap handsome ni macam mane..kalau ikot saya memang gu jun pyo ngn lee dong wook la yang handsome..tapi sangatlah mustahil kan nak jumpa atau dapat suami yang handsome mcam tuh.hoho..so memandangkan kita bukan nak hidup kat dunia je..bialah yang paling handsome bagi saya ialah orang2 yang macam kartun tuh.sebab nanti dalam syurga dia akan jadi orang yang paling handsome..sebab perkahwinan yang paling bahgia bukan lah yang kekal hingga ke akhir hayat..tapi yang kekal hingga ke syurga..so .to achieve that~ we need someone like these.(sambil tunjuk kat gamba yang handsome ni.)(wah..macam baik je cakap.).hehe..panjang lagi..haish~~..=)/haha



lastly ayu..ayu ni selalu nye dikaitkan dengan perempuan yang penuh ciri2 ketimuran dan kemelayuan..so orang akan kata ini ayu~~~





caption : orang cakap ini ayu ..sebab..ye la..salu kan dorang pakai seksi2..pastu bile pakai macam ni baru nampak ayu,..=P...

orang cakap yang tu ayu..tapi saya cakap yang ni ayu.jeng3...



EHHHHHHHHH~~~SILAPPPPP!!..bukan yang ni.hehe..yang ni comel..tapi please adam~jangan pakai macam ni dah besar nanti..ucu lah ni..wat plek2 je kan..ish..=,=u

ok saya cakap yang ni ayu...tadaaaa~~


caption :...ni lah ayu yang sebenar!!!hahahaha..

pesanan ikhlas dari penaja ~ KITA KENE YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI !!! YEAH~~..
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA..

ok..that's all...assalam..=D.tdooo~.

Monday 21 November 2011

~yeayyyy!! cuti cuti cuti~

assalamualaikum and hello guys..(bajet mcm ramai je yg dtg bace kan).hehe.

ok.sekarang dah cuti..so i have to make  what-to-do list.
so that nanti tak rase cuti saya sia-sia dan tak bermakna.

here.these are my plans for my year end holiday.

1)oh mesti lah baiki MR. COMPAQ kesayangan saya ni kan,=).

2)masak spaghetti yang dah lama saya beli tapi tak buat2 lagi sampai sekarang.

3)belajar buat kek yg berunsurkan coco powder saya tu~sebab nanti abah bising beli tapi tak buat,hehe.

4)nak jogging pagi-pagi..tahun depan nak take part lagi dalam olahraga..huhu.=)..(please Ya Allah, make it easy for me.nak bangun pagi2 n then keluar jogging bukan lah sesuatu yang senang.).

5)bawak adik tengok movie .(bajet macam sorang kakak yang baik la kan.hehe).

6)habiskan buku-buku saya. 'Me and Mr. Darcy" 'Percy Jackson the Lightning Thief" 'errmm..x egt tajuk.pnjam kat ni.hehe" 'Rindu Bau Pohon Tin' 'Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam'.
aja aja fighting.(nampak stak banyak.tapi for those yg x suke mmbace mcm saya  sgt lah susah senanye..huhu.)

7)Jalan-jalan dengan nik kat Terengganu.hehe..(nanti da balik saya buat promotion post mcm BGW hari tuh).

8)last but not least, update and upgrade my IMAN of course.=D.

rase nya ni jek perancangan dalam masa terdekat. kalau ada ape2 penambahan nanti boleh di update.hoho.

ok..daaaaa.=)

ami dan sebiji epal.(^^)v

Friday 11 November 2011

ALLAH cemburu tatkala kamu melafazkan cinta kepada si dia sedangkan kamu lupa mengucapkan sayang pada-Nya.

Assalamualaikum.(^^)..
sebenarnye tajuk post ni ami ingat nak buat status kat fb.tapi sekarang semua orang tengah mood exam. x nak kacau.hoho..kenapa tiba-tiba terlintas ungkapan ni dalam kepala otak ami?.
sebab ami ternampak seorang sahabat lelaki ami post kat wall sahabat ami lagi sorang ni yang perempuan.

"esok hari jumaat.saya sayang awk"..=,=..hmmm..
kan lagi bagus kalau dia tulis.
"esok hari jumaat!.yeay ade date ngan Allah lagi sekali.".what i mean is solat jumaat la..
mungkin dia saja je gurau2 kot.huhu..tapi tu la yang buat tertimbul nya ungkapan tu dalam fikiran ami..

cuba uols bayangkan..bayang..bayang...bayang..~~~~~~~~jeng3.....(music background ala2 harry potter)..
xnak la gune uols.macam anep da..hihi..=P..

cuba awak bayangkan..awak ada sorang kawan..awak sayang gileeeeeeeeeeee dekat kawan awk tu..
but then at the same time mestilah dia ada kawan orang lain jugak kan.
tak kan nak kawan awak sorang je.
tapi awak ni sayang sangat kat dia.
dia minta tolong sedaya upaya awak cuba nak tolong.
dengan senang awak maafkan dia bila dia minta maaf if dia buat salah la.
dia ada masalah awak sanggup jadi pendengar yang setia.siap dengan nasihat awak bagi.
awak tahu dia pun sayang awak.
awak tahu awak pun wujud dalam hati dia.
memang ada tempat khas untuk awak dalam hati dia.

tapi!!!..
lepas apa yang awak da buat untuk dia.
dia still sayang orang lain lebih dari awak.
padahal orang tu xde la tolong dia macam awak dah tolong.
takde la.sesetia awak dalam hubungan.
awak yakin memang awak lebih sayangkan dia dari kawan dia yang lagii sorang tuh.

then~APA YANG AWAK RASA??..
of cos la cemburu kan~.kenape..she get more than u.
sedangkan awak memang layak dapat lebih dari dia.

macam tu jugak Allah...Allah sayangkan kita..
Allah maha pengampun.
Allah maha penyayang
Allah maha bijaksana.

kita rasa berdosa.kita bertaubat~Allah ampunkan kalau kita betul2 ikhlas.
kita keliru~solat istikharah~Allah bagi petunjuk.
kita tertekan.stress bace Quran buat solat sunat,mengadu kat Allah.insyaAllah Allah bagi ketenangan.

tapi kenapa kita susah sangat nak melafazkan cinta kat Allah.(saya juga sebenarnya).
tapi sangat senang nak cakap syg2 i lap u...saranghae bagai la..kat 'dia'..
Allah nampak apa yang kita buat.
walaupun kita sering lupa pada-Nya tapi dia tak pernah lupa kita.. =")

as a conclusion..marilah wahai sahabat-sahabat ku sekalian.kita letak kan cinta kita pada Allah sebagai cinta yang paling tinggi kedudukannya mengatasi cinta-cinta yang lain..supaya Allah tak cemburu da..sebab kita sayang Allah byk macam ni.
<~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~(^^)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~>

saranghae Allah..
aishiteru Allah
i love Allah
saya sayang Allah..
<3<3<3

ami roslan.(^^)
dan
mat tempe(!_!)

Monday 7 November 2011

~pesen orang sambut raya aidiladha~

Salam aidiladha untuk semua~.(^^)..x lambat lagi kan ami nak ucap.malam tadi x buka compaq kesayangan saya pun harap maklum.sebab nan STUDY la kononnye.huhu..

ok.kita definisikan tajuk post satu persatu.pesen macam saya kata dulu bermaksud cara.(xtau bahasa apa)
orang..haaa..awak la orang,saya pun orang dia pun orang..that means sape2 je.sambut meraikan.raya aidiladha.raya haji raya kurban.dapat?.yeah terima kasih.(^^).

ceritanya begini.nak dijadikan kisah saya antara insan yang terpilih oleh Allah untuk sambut raya di IPGKTI(rujuk post2 DOWN untuk tgok ape IPGKTI). tak balik kuantan..huhu.(T_T)sedih..tapi alhamdulillah saya berjaya tempuh dengan tabah. sambungan cerita selepas saya selesai menonton cerita soffiya di utube tak tahu macam mana terkeluar cerita pasal HA JI WON antara saya dan nik.kenal x.haa ni dia~
ni la Ha Ji Won. sy mule2 kenal dalam SECRET GARDEN.
GIL RA IM..cantik <3
ok.maka saya dan nik setelah berbincang beberapa minit."ok Nik pas Asar ye dlam kul 5"..nak gi mana?.nak gi CS tgok Sector Seven.tiket ade satu je pukul 7.nice!..
Setibanya di CS.Ya Allah ramainya orang.maklum la hari Ahad kan.mula2 masuk tengok ramai cina je..ami dan nik berbisik2 "segan nya nik macam kita je orang Islam.dtg cni hari raya.huhu".
tu baru kat kat entrance.semakin dalam kami masuk well guess what.semakin ramai orang melayu yang pastinya beragama Islam."oh..bukan2..bukan kita jek".yang pakai baju tradisional tu tak pe lagi.nampak la macam baru balik beraya singgah cs beli buku kat popular kot(bersangka baik lah anda). 

ok tu tak sampai kat cinema lagi..bile sampai kat atas MASYAALLAH! lagi ramai.nak jalan pun susah.bila kat atas baru saya nampak lagi ramai orang melayu yang beragama Islam.dan diorang nampak macam budak sekolah.huuuhuu..adik~raya2 bukan masa nak tengok wayang meroyan kat cs.duk umah.tolong mak kalau ada orang datang.kalau xde orang datang dan x nak gi rumah sape2 pun duk umah.makan nasi himpit sampai habis..ratah rendang daging mak awak yang sangat sedap tu.yang mak awak masak.bukan gune daging mak buat rendang.=,=
ke kat rumah mak awak tak masak sume2 tu.ke mak awak masak x sedap.=,=.eh maaf2..bersangka baik..oooh ramai sangat datang rumah dah habis ye.ok faham..(^^).

hmm..bersangka baik lagi.tak pe lah.da petang kot.tu yang diorang jalan2.xpe lah nampak ramai adik2 sebangsa sseagama kat cs tu pun.xde lah segan sangat kami di sana.ok saya boleh terima.
TAPI!!apa yang saya tak boleh terima.

mereka pakai baju macam ni!!...wahai saudara-saudara ku.saya pergi cs nak tengok cerita sector 7.bukan nak tengok aurat2 kalian.=(..dah la confirm2 aurat antara perempuan dan lelaki bukan mahram diperlihatkan ditambah pula aurat sesame kita perempuan2.huuu..(Ha Ji Won dalam cite tuh pun x de pakai macam tuh)..huhu..bukan nak tunjuk saya baik sangat tapi saya malu tengok awak-awak berpakaian macam tu..gamba ni pun kira agak bersopan.yang ada sebenanye lagi dahsyat.!!

sedih rasa hati.dah la hari raya~awak-awak pakai macam ni pergi jalan-jalan kat cs jumpa orang yang bukan islam yang mana dyorang pun tahu sepatut nya hari tu hari kita beraya.pakai baju lawa-lawa.ziarah saudara mara.pagi2 pergi solat sunat hari raya..
xkan lah pergi masjid pakai macam tu kan..ok mungkin pas balik masjid awak tukar.tapi bukan baju mcm tu kalau nak tukar pun~isk3..(!_!).kalau awak rasa baju yang macam awak pakai tu lawa.oh tidak! sama sekali.!!isk3 sape lah yang cipta baju pelik2 macam tu kan~..=(

"ya Allah semoga Kau buka pintu hati mereka untuk mencari indahnya agama-Mu. Kau campakkan lah benih-benih keinsafan dalam jiwa mereka agar mereka tidak terus terpesong dari landasan Islam yang sebenar,
dan Ya Allah, Kau teguhkan lah hatiku agar aku tidak tewas dengan nafsu dan godaan syaitan supaya aku mampu untuk menjadi pejuang agama-Mu..(!_!).."
aminnn~

sekian..hamba Allah yang kerdil dan lemah.

ros amiliana roslan

p/s:buat sahabat2 yang berjaya sambut aidiladha dengan jayanya tahniah lah buat anda.say x rasa saya berjaya tahun ni.(!_!).semoga Allah memberi peluang untuk saya meraikannya tahun depam.



Monday 31 October 2011

SLEEP WALKING+TIDUR JALAN=MENGIGAU adakah itu mimpi

Assalamualaikum and HI everyone..(saje je bold kan hi tu..nak menganjing virus HI yang menyerang facebook Ros Amiliana Roslan dan Ros Ami Hi..huh!!)..

Balik kepada tajuk asal entry kali ini..xde la berkaitan sangat dengan hidup ami dewasa ini..eh..jap2..ade kot tapi ami yang tak perasan..maklumlah tengah tidur mana sedar.heehee~

SLEEP WALKING.merujuk kepada istilah berjalan dalam tidur. di mana seseorang individu akan berjalan eh bukan sahaja berjalan malah mungkin lebih daripada itu.(ami,2011).,~sebab tak rujuk mana-mana sumber atas masalah ke LEMBAP an internet so buat definisi sendiri~(^^)v.ok sambung balik

penah ada satu kes di mana seorang perempuan menjadi pembunuh dalam tidur. that means dia x sedar pun dia membunuh sebab masa tu dia tidur. mula-mula orang cakap dia buat cerita je..manusia biasalah kan. tapi lepas di selidik ya! memang dia tak sedar time dia bunuh orang tu..KILL-KILL-DIE-DIE..YEAAAH~.hehe..(saje bagi sound effect.)



ok..itu cuma introduction~cerita sebenar

SAYA MIMPI ADA ORANG DATANG MEMINANG SAYA..YA!SAYA ROS AMILIANA ROSLAN!!..



Ya ALLAH semoga itu hanya sekadar mimpi..sleep toy..(mainan tidur??????=,=) bialah~~~

ceritanya~
di suatu malam yang hening dan nyaman setelah tamat ber facebook seorang remaja ya REMAJA!! bernama ami  membentangkan dirinya di atas katil yang mana kalau ada kenduri kahwin katil tu jadi katil pengantin( [^^]v ) untuk menidurkan diri. Setelah beberapa minit tanpa kesusahan yang nyata dia berjaya!!...namun..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~

DALAM MIMPI!.
cuti semester menjelang tiba seperti biasa ami pulang ke rumah di kuantan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti di tanah air tercinta.
setibanya di rumah berehat-rehatlah ami akibat kepenatan setelah 5 jam perjalanan yang macam naik roller coaster.huhu..(ok ini rekaan je sebab mimpi sebenar start dalam bilik x ada pun perjalanan-perjalanan bagai sume nih)



DALAM BILIK YANG DALAM MIMPI.

Mak = Ami, Shahrul tu betul2 suka kat kau ke?..(Shahrul seorang kenalan saya yang saya x panggil dia shahrul pun).

Ami= Haaa?..entah tak tahu.kenapa mak?

Mak = Dia hantar rombongan meminang..

Ami= apa?!!..xnak~..mak xyah cakap apa2.ami x nak~

Mak = ye lah.mak x cakap apa2 la..dah kau x ada kat rumah.

Ami =..haa..xyah cakap apa2..nanti ami cakap ngan dia.ami xnak kahwin ngan dia pun.

Ami lantas mengambil telefon lantas menaip sms kepada seorang sahabat yang bernama _ _ _ _ e_ _ untuk mengadukan hal tersebut.(senanye x pasti pakai ape dye inform kat kawan dia tu..sbb mimpikan..mana egt sgt lainla kalau tengok citer MY GIRL. boleh ulang semule.hehe) apa yang kawan dia cakap pun ami x egt da..

Tapi the point is AMI MIMPI ORANG DATANG MEMINANG. huhuhu=(..

bukan x bersedia atau x nak kahwin.tapi bukan dengan orang tu..ya dengan siapa pun ami memang lah tak tahu lagi.tapi ami tak nak Shahrul tu datang meminang sebab ami yakin yang ami tak nak dia jadi suami ami dan ayah kepada anak-anak ami nanti.(oh jauh betol pemikiran saya =,=).xpe tpi that is the truth.

tapi ami tahu ami akan rasa sangat bersalah kalau dia betul2 datang meminang dan ami terpaksa tolak sebab ami kenal dia dan ami tahu perasaan dia macam mana. Ya Allah kau bimbinglah dia kembali ke jalan mu dan pertemukan jodoh yang baik buat sahabat ku Shahrul (tapi ami tak panggil dia shahrul pun senanye.)aminnnnn..(^^).

ok the end of the story.

p/s.hari ni dapat lagi barang adik ros tuti2 saya tapi len kali la post. exam makin hampir..study kena utamakan dulu..facebook pun x bole bukak woooo~haha..

ok..sekian dari ami..ami betul bukan ami dalam mimpi..
assalamualaikum..(^^)v..

Wednesday 28 September 2011

yeah~saya gembira!!\(^^)/

Assalamualaikum w.b.t.
tengok tajuk pun dah tahu ni entry yang gembira kan.?
jadi nya siapa2 yang mood x berapa nak happy sila set kan balik mood2 anda dan baca dengan nada yang gembira...ok?.haha.=)

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih..
=============================
ok~ ini bukan kad raya mahupun ucapan seorang guru besar yang sedang berucap di perhimpunan..
back to the business..
HADIAH!...siapa tak suka dapat hadiah sila angkat tangan macam saya..(usop penari kebudayaan,2011),,
hehe..ada ke?..kalau ada pun sangat rare kan?susah sangat nak jumpa insan-insan yang tak suka hadiah..
saya termasuk antara mereka yang normal..saya suka barang percuma..saya suka makan percuma..saya suka minum percuma dan saya suka naik bas percuma. maksudnya saya suka lah HADIAH..mana ada hadiah kena bayar kan..kalau bayar bukan hadiah dah la maksudnya..

walaupun saya yang mintak hadiah tu..
peduli apa..asal dia bagi kan?hehe
tapi kalau mintak pun bukan kat semua orang..
kat certain2 orang yang bertuah dan terpilih saje..hehe..
dan encik **s*****i* antara yang bertuah sebab saya mintak hadiah dari beliau.hehe

sebabnya siapa suruh dia mintak dulu kan.haha.
yang pasti hadiah yang dia bagi is really unexpected..
ingat dia nak bagi keychain ke..
gula-gula ke..lollipop ke..button ke...
rupa-rupanya,,,haa..jap lagi ami tunjuk.heeee..(^^)...

terima kasih encik **s*****i* for that cute little bag..
i love it so much..<3<3<3..gembira!
xmahal pun x apa..anda yang bagi pun dah sangat menyeronokkan hati saya.haha..
walaupun lambat dan buat saya ternanti2 sehingga tersiksa jiwa dan raga saya...hahaha.
tpi penantian yang x sia-sia...



(~~,)v.

terima kasih daun bunga ros..
nanti kalau beli hadiah jangan lupa bagi teros...hahaha..

akhir kalam...sejak akhir-akhir ni asyik nampak orang hensem je kan..(xde kene mngene..hehe..)
assalam..=)..

ami budak baik~~

eh gamba~haaa..beg cute saya yang baru dengan rasminya jadi adik angkat saya..haha...

adik angkat saya yang baru TUTI TUTI..(^^)

Macam burung hantu pun ada gak rupa dia..=)

ROS TUTI TUTI...nice name.haha

lawa sugguh background dye kan..(=///...hehe

Sunday 11 September 2011

~jangan mengada sgt bole x?!huh!~

huh tau la aku tengah banyak duit sekarang
dan2 je ko nak rosal sekarang kan.
jangan harap aku nak gantikan kau dengan yang baru..
rosak la rosak.kita tengok antara kau dan aku siapa lagi tinggi kesabarannya.

ucapan khas buat handphone kesayangan saya si NOKIA XPRESS MUSIC 5130.
teroskan lah dengan ngada2 awak tu nak gelap2 sangat kan,
saya akan buktikan pada awak saya mampu bertahan!.
ingat tu...(=,=')

Wednesday 24 August 2011

Andai aku tulang rusukmu yang hilang..~copy and paste from BAITUL MUSLIM~


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
 Jika nanti Allah mempertemukan kita
 Kau akan selalu membimbingku
 Agar aku menjadi wanita yang solehah
 Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
  
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan


Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana....
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

(~~,)
(^^,)