Tuesday 22 October 2013

happy happy

assalamualaikum..
tengok post2 yang kebelakangan ni macam tak best pulak.
sume pun post macam feeling2 je..
yang ni nak buat happy happy siket la....
aku pun tak tahu sebenarnya.bak kat ilyani.. aku sedang mengumpul cebisan-cebisan sisa hidupku.
apa maknanya? wah aku pun kurang faham.hehe.
tapi betul lah.. aku macam terawang-awang dengan dunia sendiri.. benda kecil nak dibesarkan.
benda simple nak dirumitkan. benda leceh nak diseriuskan.. omaigod.. eh. ya Allah.. :D
entah dari mana datang kesedaran2 ni.mungkin di FB.. ye banyak post2 yang terkesan kat hati aku ni. kirannya fb banyak jugak benefitnya. Allah tegur ami kot situ tuuu... hee
plus..buku2 yang dibaca pun banyak bagi teguran.. yang antara aku ingat and simpan dalam kepala hotakkkkk aku. :P

'bagaimana kita melihat dunia ini,, bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan tafsiran minda kita sendiri" (Ust, Tuan Ibrahim Tuan Man)

Apa yang aku dapat.. kalau orang lain tengok masalah hati aku ni sebagai masalah besar yang perlu diatasi dan dihindari. tak semestinya aku pun kena fikir macam tu. why not aku fikir, ni semua, nikmat.. ujian itukan nikmat.. tak rasa ke kau sedang diuji wahai ami?? orang lain jangan jeles sebab tak dapat rasa nikmat yang sama cam ami rasa.hehe. haa. bila kita berfikir secara positif maka kita akan bertindak secara positif jugak. bukan dengan cara post2 kat blog dengan mende yang sedih2 membuatkan blog aku nampak sedih..oh tidakkkk!
dan semua tindakan kau ami, jangan lupa akan mampu menginfluence orang lain tau.. aku taknak kau jadi bad influence kat orang lain ami... maka berfikir, bertindak dan mempengaruhilah secara positif !!

seterusnya, ni pun aku dapat dari buku tu jugak~contoh, kita nak potong sayur.. tapi terhiris jari.. kita rasa sakit kann.. cuba bayangkan kalau kita tak rasa sakit tu..mungkin kita akan terpotong jari tanpa kita sedar.. kenapa Allah bagi rasa sakit.. sebab Allah nak suruh ubah cara yang kita sedang lakukan.. dan macam tu jugak dengan emosi.. bila emosi kita sakit.. contoh paling dekat.. bila kita rasa sedih..mesti ada something dengan cara yang kita sedang buat dan Allah nak suruh kita ubah lettewww baru emosi tak sakit lagi kannn...

tengok..
di saat waktu2 terhenti,
kosong, dimensi membutakan mata memekakkan telinga,
lalu diri menjadi hampa..

ehhh..tetiba.xde kena mengena..yang ni tiba2 rasa nak nyanyi lagu too phat sat.hehe.

dan akhir kata, maaf kepada semua yang mungkin ada terasa hati dengan kata-kata, sikap, teguran dan apa saja menda negatif yang datang dari ami sejak dua menjak ni..
dan kepada siapa2 yang ami termengumpat dalam hati.. tersangka buruk... dan terasa macam tak puas hati..even dalam hati je... asif jiddannnnn
dan walaupun dorang tak baca post ami ni.. moga angin menyampaikan salam kemaafan ku buat mereka.. cewahhhhh..(^_^)

semoga ukhuwah yang terbina ini sentiasa bertunjangkan rasa takut dan gentar pada Allah.

Hakeem <3 



Saturday 19 October 2013

"AWAK, APA HUBUNGAN KITA?"

p/s : sekadar cerita..rekaan semata-semata..cuma ada sentapan2 yang menyentapkan. 



"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. 
Hari sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau
Blok F". 


Mesej ukhti Ira tiba tiba muncul di ruangan chatting Facebook. 
Agak berderau darah jantan aku apabila insan yang  aku pendam 
perasaan kepadanya menegur aku.


"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah
jadi presiden Kelab Bidadari Syurga UKM. Tak silap saya awak pun
dapat anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena Bulan
Dakwah kan?"

Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment
yang berlambak depan mata.Sungguh bersemangat aku chatting
dengan ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam. Pantang
muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam.
Itupun aku langgar.

Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?

"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?"
tanya ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi
tidak lena. Aku mula rasa serba salah.

"Awak, awak...kenapa awak panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya?
Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan
muslimat yang lain?"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku
dengan dia. Ego apakah yangaku pertahankan ini?

Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti.
Adakah aku talam dua muka? Mempunyai 2 identiti?
Kala iman naik, alim aku mengalahkan sufi yang bertapa.
Kala nafsumelonjak, ghairah aku untuk kembali jahil.

Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. 
Sangat berdosa dengan Tuhan. 

Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita,
kecantikan, nama dan candu dunia.

Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah.
Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari
mula membogelkan niat suci tadi.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. 
Gerak kerja bersama.Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan 
hati teruja dengan keasyikan berukhawah muslimin muslimat. 
Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi 
lesen berhubung. 

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" 
Aku mula berani membuang ego. 

"................" 

Tiada jawapan. 

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut.
Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan
perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita
pun hanya sekadar saudara seislam bertunjangkan rasa takut
dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk
suka-suka"

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersukusuku agar kamu saling mengenal.
Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui,
Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)



TAKWA.


Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa,
maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?



Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. 
Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?



Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku 
mengatakan TIDAK PERLU?!Terlalu syadidkah aku untuk bertegas 
TIDAK PERLU?!


Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah.
Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat.
Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya
tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.

Wednesday 16 October 2013

this post has no title

ami perlu tamatkan sesuatu yang ami dah mulakan...baik atau tak itu ami akan tau bila ami dah tamatkan..
sakit kan hati pendam perasaan. tapi ami belum ada kekuatan nak luahkan,
bimbang semua ni hanya akan keruhkan keadaan.. a part of me said. bagitahu ami.dan insyaAllah semua mampu dipulihkan.. dan ami tak perlu nak pujuk hati sorang-sorang lagi. but the other part of me said.
tak payah ngade kau ami.nak feeling2 bagai..x ada orang hirau pun..layan la perasaan sorang-sorang  :'(..
dah taip panjang2.tunggu masa nak post je..tapi seriously. tak boleh. takut dengan akibat yang bakal mendatang.itu lah manusia. suka fikirkan benda yang belum terjadi.
tapi ami ni benda dah jadi. ami nak cari jalan penyelesaian je...then go for it.
tapi ami takut..takut jalan ami bukan jalan yang betul.takut tindakan ami lukakan hati orang lain.
tapi ami pun pernah terluka kan. luka boleh diubat. tapi rasa 'terbodo' tu camne nak ubat.
hamboiiii terbodo tuuu.okey bukan terbodo. rasa krik krik krik tuuu.. wahhhhh seriously ami tak suka!!!lagi2 bila krik krik tu between _______________.
:'(
dan sekarang satu batu besar lagi diletak atas bahu ami. batu-batu kecik yang sedia ada ni pun tercengeh-cengeh (word baru ni.macam kena je bunyinya) ami nak bawak.. ni kan pulak nak tambah sebijik lagi batu besar.
dah tu ami.. selesaikan permasalahan hati dan perasaan yang ada. so dapat kekuatan nak bawak batu besar...
ya  Allah ya Allah.. 
takpelah for the time being ami simpan dulu.tengok perkembangan macam mana..kalau ami dah x tahan pendam perasaan mungkin akan luahkan~ supaya orang yang berkenaan boleh ambil tindakan.. :'(

notes to myself.
......................................
tetiba hilang idea.
krikk krikkkk

semoga Allah tetapkan iman dan tentukan sebaik2 kesudahan untuk ami. dan mohon Allah kuatkan hati dengan semua yang Allah sudah aturkan. :')