Friday 15 February 2013

MUSAFIR CINTA

Eceh ami, tajuk x leh blah.haha..
Assalamualaikum w.b.t..segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke
junjungan besar Muhammad S.A.W..
seperti biasa sebelum ami bawa anda semua melangkah lebih jauh let's see meaning behind the title.
musafir, berasal dari perkataan...hmm.nak define camtu ke.. xyah la.hee.musafir, berdasarkan pemahaman ami insan yang sangat limited akalnye..musafir bermaksud, suatu perjalanan menuju ke suatu destinasi..
dan cinta pula, ami rasa semua orang pun tahu, tapi takpe sebab cerita cerita ami maka ami pun akan cerita la.cinta adalah suatu perasaan, kasih, sayang, suka dll..perasaan yang pada asalnya fitrah insan yang Allah jadikan tapi sekarang disalah gunakan sehingga ia mampu menjadi fitnah.(baca dengan mood yang seriussss).

kenapa rasa nak cerita pasal musafir.sebab beberapa hari yang lepas ami, kak anis dan hasifuddin bermusafir dari jb ke selangor,selangor ke jb, jb ke terengganu, terengganu ke kelantan, kelantan ke terengganu balik, kak anis ngan hasifuddin dah stop kat situ tapi ami sambung ke kuantan pulak.. seronok rupanya bermusafir, pergi banyak tempat, kenal ramai orang.dan waktu itu sedar yang betapa luas nya bumi Allah, betapa luasnya rahmat dan kasih Allah, pergi mana-mana pun semua orang layan baik baik..teringat lagu..
"berjalan bermusafirlah, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur.."

after that musafir la ami rasa nak tulis pasal musafir..tapi kenapa musafir cinta..you tell me tell me why? you show me show me why?

suke hati ami la nak nak tulis musafir ape.kihkih.:P..
sebenarnya perihal cinta..
cinta yang paling utama cinta Allah, seterusnya cinta Rasulullah, cinta ketiga cinta ummi wa abi, cinta keluarga, cinta saudara, cinta sahabat dll..banyak rupanya cabang cinta ni sebenarnya..

dan untuk mencapai cinta cinta tersebut suatu permusafiran yang jauh yang harus ami tempuhi, especially cinta Allah, banyak pengorbanan yang akan berlaku.
even nak bermusafir kat dunia pun ada pengorbanan, contohnya, pengorbanan wang ringgit, masa cuti bersama keluarga dll. apatah lagi bermufasir untuk mencapai cinta Allah.
macam tu juga musafir cinta Rasulullah..susahkan nak cintakan someone yang kita tak pernah jumpa,,tapi walaupun kita x pernah jumpa Rasulullah tapi baginda tetap hidup dalam jiwa-jiwa orang mukmin..Habib Zainal pernah cakap..kalau kita tidur masa kita lapar kemungkinan besar kita akan mimpikan makanan, macam tu jugak kalau kita tidur dalam keadaan saangat rindu dan cintakan Rasulullah, insyaAllah baginda akan hadir dalam mimpi hilangkan rindu kita padanya. :')

musafir cinta ummi wa abi.Alhamdulillah ami rasa cinta yang ini ami dapat rasakannya sekarang, apa yang perlu, mantap dan kukuhkan lagi je rasa cinta ini.sebab

macam mana nak capai maradhatillah kalau redha dan cinta ummi wa abi belum kita capai kan..muhasabah diri balik amiii..><

next...malas pulak nak eobrate se se..baik ami elobrate essay LGA..hihi..
xpe lah..slow2..cinta sedare..cinta sahabat ni kadang2 dia lahir tanpa sedar..cara kita dalam berukhuwah tu yang jadi penanda aras sedalam mana cinta kita pada mereka..

tapi.cinta fitrah yang selalu menjadi fitnah adalah cinta pada insan lain yang..yang..hmm..camne ye nak cerita..okey..in a simple words.cinta muslimin pada muslimat yang tidak dilandasi syariat2 nya..

analogi nye macam ni..bayangkan sebuah gunung...

nak memudahkan imagination uols.
awak nak naik gunung sebab nak petik bunga..mula dari kaki gunung sampai ke puncak ada bunga-bunga yang sangat cantik..nak naik gunung bukan perkara yang senang.sapa cakap senang meh nak sepak dia laju2..ehehe..tak tak..gurau2..:p..dan untuk pengetahuan semua..bunga-bunga yang ada kat gunung tu semua ada racun...macam mana nak hilangkan racun tu?..awak kena petik bunga yang atas sekali yang kat puncak tu dulu.then baru boleh petik bunga-bunga lain tanpa risau racun2 mereka.sebab bunga atas tu kira nya macam bila awak petik dia..racun kat bunga lain tu hilang..

kisahnya...sebuah gunung tu adalah musafir kita..dan bunga-bunga itu adalah cinta..dan bunga yang kat puncak tu adalah cinta Allah.dapat kaitan tak..kiranya kat sini..cinta cinta sebenarnya ada banyak sangat kat keliling kita..cumanya first thing first yang perlu kita capai adalah cinta Allah untuk memaknakan lagi cinta cinta lain yang ada.supaya nanti cinta-cinta tersebut tak merosakkan kita sebaliknya menguatkan kita, mewarnai hidup kita dan yang paling penting cinta-cinta ini akan menjadi saksi bahawa kita berkasih sayang sesama  insan kat atas dunia ini kerana Allah..
<3

ya Allah, permudahkan langkah kami dalam musafir cinta ini agar kami tidak memilih simpang atau jalan yang salah. bimbing langkah kami ya Allah.

Allhumma Aminn..:D

saye tersentap denga gambar ni..(T_T)