Saturday 12 May 2012

BERUBAH!!!.

Assalamualaikum..haa terkejut tak tiba tiba je berubah.
ini macam berubah nak jadi sailormoon ke apa?.macam semangat lebih je.
ke berubah jadi macam hulk?...ohoho yeay yeah~!..
tidak tidak tidak. ini untuk ami berubah
dari yang TAK BAIK kepada yang BAIK,
dari yang BAIK kepada yang LEBIH BAIK,
dari yang LEBIH BAIK kepada yang TERBAIK.
walaupun ami tahu untuk menjadi yang terbaik itu sangat jauh perjalanan yang perlu ami tempuh, tapi kalau ami tak mula sekarang bila agaknya ami nak sampai kepada yang terbaik tu kan. ok bukan ami sorang la..uols2 yang baca pun sama.
ask urself?.(^^)/

kenapa tiba-tiba semangat dan fikir nak berubah?.okey sebenarnya fitrah manusia sukakan kebaikan. tak ada manusia yang tak suka kebaikan.kalau awak tanya pencuri tegar tu awak ingat dia nak jadi pencuri sampai mati ke, dia suka tak kalau orang bagi dia sedekah sebab kesian asyik mencuri.ye mesti dia suka. dan ami pun tak rasa dia nak jadi pencuri sampai bila-bila..okey ini cuma untuk membuktikan semua orang cintakan kebaikan.cuma kebaikan itu telah ditutup oleh seronoknya kemungkaran yang ternyata indah pada zahir tapi racun berbisa di dasarnya.
ya.ami tahu nak tinggalkan kemungkaran itu sangat susah,perlukan mujahadah yang tinggi.
tapi kawan-kawan yang ami sayang kerana Allah, ingat lah,
'Mujahadah itu pahit,kerana syurga itu manis'.jangan cepat menyerah andai sekali kita rasa
susahnya nak tinggalkan perkara mungkar yang kita biasa lakukan dan nampak tak salah dalam masyarakat kita, tapi hakikatnya berdosa..cuba. 'sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
syaitan akan sentiasa goda kita sebab itu dah memang janji dia akan tarik anak Adam ke neraka jahanam bersama dia,..so ini lah masanya untuk kita berubah siapkan perisai diri halang segala serangan halus syaitan. selagi kita masih bernafas selagi itulah masih ada peluang untuk kita berubah.(^^)

eh.macam dah terlari sket point nak tulis.tapi takpe masih dalam skop perbincangan.hehe.
(now is listening to 'selamat pengatin baru' by mestica.ehehe;P)
okey. memandangkan ami tak buat entry pasal my birthday so ami ubah sket buat entry apa fikiran dan azam ami bila dah masuk umur puluh puluh ni.hehe.mestilah ada kena mengena ngan tajuk kan.
nak berubah laaa~.bila ada niat berubah kita ada matlamat.matlamat yang telah ami gariskan.

1)sebagai seorang hamba dan da'i
kita semua hamba, hamba kepada siapa, hamba kepada Allah.. dari alam roh lagi kita dah buat perjanjian yang kita ini akan jadi hamba Allah apabila dilahirkan ke muka bumi. tapi! cuba tengok manusia hari ini, tak yah tengok jauh la ami, tgok diri awak sendiri, agaknya kalau sorang hamba tu tak buat suruhan pemilik dia,lepastu buat apa yang pemilik dia larang, ganjaran ke hukuman yang dia dapat, obviously semua orang tahu mestilah hukuman. astaghfirullahalazim~.ampunkan segala dosa aku, kedua ibu bapaku, semua saudara seislamku ya Allah. sesungguhnya kami terlalu alpa dari mengingati Mu. perubahan pertama jadi hamba Allah yang lebih taat dan patuh segala suruhan dan larangan-Nya.
apa itu da'i.. da'i kalau ikut interpretation ami, seorang penyampai. penyampai apa?. penyampai agama Allah, kan ami cakap ami taknak masuk syurga sorang-sorang dan ami tak nak masuk neraka, dan ami taknak orang-orang yang ami sayang masuk neraka...nauzubillah min zalik...semoga Allah lapangkan hati ami, permudahkan urusan ami untuk terus istiqamah dalam melakukan kerja-kerja islam, walaupun ami bukanlah orang yang tinggi ilmunya untk berdakwah tapi at least bila Allah tanya di sana apa sumbangan ami untuk Islam ami ada jawapannya dan markah ami tak kosong. plus Rasulullah S.A.W sendiri pun bersabada.
"sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat".see~ perubahan kedua, menjadi seorang da'i yang sentiasa melihat masalah Islam sebagai perkara paling utama dalam hidupnya dan bukan melihat saja tapi melihat dan seterusnya ambil tindakan.insyaAllah~.


okey~xde mood dah nak sambung~ini blog sy..maka kalau ada suara suara yg x puas hati sebab buat blog mcm tak nak buat je.maaf banyak2 ye~...keseronokan menulis dipengaruhi faktor kerajinan.semakin rajin ami semakin sedap entry yg bakal terhasil~...hihi.:P

kalau ada masa nanti kite tulis tulis lagi ye nokss~.(^^)~.
okey assalam...