Pada zaman dahulu, di sebuah planet yang terletaknl jauh di angkasa tinggal seketul,sebijik, sebentuk ehhh sebuncit alien yang tiada nama. Masyarakat sekeliling menggelarkannya dengan panggilan 'alien' sahaja. Alien sangat disayangi semua orang, baik sahabat, keluarga, guru, jiran mahupun musuh-musuhnya. Alien merupakan seorang yang baik hati sopan santun pemurah Dan bertimbang rasa. Alien jugak sebuncit yang penyayang. Namun, sifat penyayang nya hanya dapat diperlihat terhadap seekor makhluk bergigi tajam, berbulu lebat Dan berekor panjang. Entah mengapa alien seakan2 begitu menyayangi makhluk-makhlut tersebut.
Pada suatu hari, sedang alien Asyik melayari internet, oh yaa.. Antara kegemaran alien ialah melayari YouTube menonton video2 kemalangan dan banyak lagi. Tanpa disangka2. Italian internet alien telah disambungkan dengan talian yang tidak alien ketahui. Terdapat tulisan pelik yang muncul di skrin telefon nya. Namun tidak difahami. Alien cuba membalas dengan mesej bersuara namun ternyata ianya sia-sia. Perbualan mereka umpama siput sedut dan kerang laut. Lansung tidak merka fahami. Sejak kejadian itu alien sering teringat mengenai mesej pelik tersebut. Seolah ada satu tarikan yang membuatkan hatinya terpaut pada pengirim mesej rahsia itu. Dengan bantuan seorang saintis muda di planet nya, alien dapat menjejaki lokasi mesej itu dihantar.
Dengan berat hati mama berangkatlah alien meninggalkan planet nya untuk mencari punca tautan hatinya. Setibanya di sebuah planet yang dinamakan bumi, mata alien terus terpandang pada sekuntum mawar merah yang sedang mekar. Warna nya yang merah terang terlihat oleh alien dr kejauhan. Lantas disapanya mawar merah tersebut. Dan ternyata mesej rahsian yang di terima alien dihantar dari mawar merah tersebut. Katanya, seronok melihat gadis yang menanamnya bahagia bersama pilihan hatinya..dia ingin mencuba kalau-kalau ada bahagia untuk dirinya pula. Ternyata cubaanya tidak sia-sia. Takdir tuhan telah menemukan mereka. Maka bermulalah episod baru dalam hidup mereka, jika dahulu apa yang alien Dan mawar rancang bagaimana diri mereka sendiri untuk hadapi masa hadapan, tapi sekarang alien pasti ada dalam rancangan mawar Dan mawar pasti ada dalam rancangan alien.
Walaupun kisah mereka tidak seperti pasangan yang lain, maklumlah bahasa, budaya dan dunia berbeza namun itu bukan alasan untuk melupakan segalanya. Setiap hari alien akan memastikan, mawar disiram dengan baik, seriap ulat dan rumput rampai yg Cuba mendekati mawar akan dibuang dengan cara yang berhemah. Alien juga akan memastikan setiap hari dia tidak lupa untuk bercakap dengan mawar walaupun tidak difahami mawar.. Dan semua perkara yang alien lakukan lebih dari cukup untuk menjadi sebab mengapa mawar memilih alien sbgai peneman hidupnya..
Alien berkerja keras untuk menyediakan segala galanya sebelum membawa pulang mawar ke planet asalnya. Banyak persediaan yang perlu dilakukan memandangkan mawar bukanlah berasal Dari planet nya, dibimbangi ia tidak mampu bertahan lama di sana jika tiada persediaan yang mencukupi. Mawar pula sentiasa di sisi memberi sokongan terhadap usaha keras alien. Semoga alien berjaya membawa mawar pulang dan mereka dapat hidup bahagia bersama di sana. Pesan mawar pada alien, andai satu hari mawar akan layu, keringkanlah ia, agar mampu mnjadi patpouri yang mampu mengharumkan kehidupan alien walau Tanpa mawar di sisi tak kira lah kat bumi ke kat planet alien tu.. SBB mawar xleh jadi hantu kalau dh layu. Hahaha
-sekian-
Wednesday, 10 February 2016
Alien dan sekuntum bunga mawar