Thursday 19 January 2012

~sakit~

assalamualaikum
again i can feel the pain.
macam yang ana cakap.
sakit yang bila kita ada something nak cakap tapi tak terluah.
ya Allah sakit sangat rasa.
sakit sangat..(T_T).
rasa macam nak meletup dalam dada sebab tak mampu nak diluahkan..

rasa sedih, marah, bersalah dan macam macam lagi.dan yang pasti semua rasa tu negatif
kalau ada yang positif pun sikit sangat.
tak mampu meneutralkan yang negatif tu.

minta maaf kepada dia.
sebab mungkin kerana saya dia terluka.
tapi saya yakin itu yang terbaik untuk kami dan yang penting buat dia.

minta maaf kepada dia yang lain.
kerana mungkin kerana kepalsuan identiti ini, awak silap dalam mentafsir diri saya yang sebenar.
kalau nak memkirkan soal layak tak layak.
sayalah orang nya yang tak layak buat awak.
kerana ketidak layakan itu saya cuba baiki diri untuk melayakkan diri dan kalaupun tertulis saya bukan buat awak saya harap saya masih layak buat dia yang baik macam awak.

kalau kebaikan itu menjadi kayu ukur antara layak dengan tak layak
terlintas kat hati ami kalau tak jadi baik pun takpe
masyaAllah cepat nya syaitanirajim buat kerja.
baru terdetik kat hati ami. dia dah datang cucuk cucuk.
astaghfirullahalazim, maafkan ami Ya Allah, sebab terlintas fikiran macam tu di hati ami yang jahil ni.

Ami cuba jadi baik sebab ami nak berdamping dalam kalangan mereka yang baik-baik
sahabat yang baik, keluarga yang baik, komuniti yang baik dan suami yang baik.
bila orang cakap ami baik kerana berhujah berserta sepotong dalil yang ami tahu sebab selalu diperdengarkan
bila ami dah mula nak rasa
'a ah baik jugak ami sebenarnya kan'.
nah! sekelip mata je Allah timbulkan dalam kotak fikiran ami.
segala dosa silam yang pernah ami buat datang menari nari
siap buat breakdance dalam benak minda ami.
sepotong dalil tu xkan mampu menebus semua kesilapan ami.
xkan mampu jadi penanda aras tahap kebaikan ami.
pejuangan ami baru saja bermula.
perjuangan awak jugak, perjuangan dia jugak, dan perjuangan mereka jugak.
kalau pun ami terkehadapan, cuma selangkah, atau mungkin dua langkah
yang pasti belum jauh dan mampu dikejar.
nak cari redha Allah jangan sorang-sorang
sebab bila sorang syaitanirajim senang nak jalankan modus operandi dia.

i'm trying not to be hypocrite.
kalau yang mengarut itu ami, ami lah saya,
kalau yang serius itu ami, ami lah saya,
kalau yang galok itu ami, ami lah saya.
dan kalau yang nampak bersemangat bercakap soal islam.
ya itulah ami. ami yang sedang mencari
ami yang baru sahaja bangkit dari lena tidur yang panjang.
ami yang tak baik tapi sedang mencari kebaikan itu.
dan dalam pencarian ini ami perlukan awak semua.
tolong jangan tinggalkan ami sorang-sorang
sebab bila ami sorang ami lemah
ami tak kuat. ami mudah goyah.
ami lemah.dan ami bimbang ami akan kembali kepada ami yang dulu.
dan yang pasti ami xnak kembali kepada kejahilan itu
tolong sedarkan ami andai ami alpa.
sebuah ikatan itu indah
andai ia terbina kerana Allah.
semoga segala apa yang kita lakukan mendapat redha Allah
di dunia dan akhirat.
this is rose

this is tears


p/s: rose with tears.:')

No comments:

Post a Comment