Saturday 8 December 2012

again and again and again

aku bukanlah si pujangga,
bisa menulis bait indah kata-kata,
aku menulis hanya bila hati ingin berbicara,.
hati ku sedih melihat ramai insan tidak berdosa,
menjadi mangsa manusia durjana,
lantas jemari menyusun irama,
menaip di kekunci menyuarakan apa di minda.

apa erti Islam andai saudara seagama sengsara,
tapi kita hidup bahagia,
memang kita bukan pejuang bersenjata,
tapi kita jangan lupa,
kita ada Allah maha kuasa,
doa itu senjata kita,
tiada apa pun di dunia mampu melawanNya,
tapi makbulkah doa kita andai diri bergelumang dosa.

sungguh aku rasa terkilan,
saudara di sana berjuang demi sebuah kehidupan,
saudara di sini seronok merosakkan kehidupan yang hanya pinjaman,
ke mana hilang rasa kemanusiaan,
ke mana hilang kemanisan persaudaraan,
sahabat ku bangkitlah berjuang,
bukan nya ku minta sebuah kematian,
tapi perjuangan merasai kemanisan iman.

aku sedar diri ini banyak kelemahan,
kerana itu aku perlukan sahabat,
sahabat yang mampu menampung kelemahan ini,
agar nanti kita saling menjadi saksi di hadapan pemilik abadi,
duhai sahabat,
jangan biarkan dirimu hanyut dalam keselesaan,
jangan biarkan kau alpa dihimpit keduniaan,
hidup ini tunang kematian,
dunia tempat siapkan bekalan.

bila aku berpesan bukan bermakna aku punya kelebihan,
tapi berpesan tanda ku sayang,
berpesan dengan harapan aku laksanakan apa yang dipesan,
aku berpesan tanda ingatan,
semoga kita semua berada dalam satu perjuangan,
perjuangan merasa kemanisan iman,
perjuangan kembalikan kedaulatan Islam.




p/s: huuu..idea cmpur baur..atas cakap pasal palestin tibe2 tuko plok.hmmm.xpe la..huhu





No comments:

Post a Comment